Thursday, 4 December 2014

Lim Guan Eng Letak Jawatan?


Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd. Rahim mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng menerima cabaran Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi semasa berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 supaya meletakkan jawatan jika beliau berjaya menunjukkan lima lokasi pusat pelacuran dan perjudian di Pulau Mutiara.

"Pemuda UMNO Negeri juga ingin mengulangi cabaran Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. Jika beliau berjaya menunjukkan lokasi premis perjudian, pelacuran dan pusat hiburan, Ketua Menteri Pulau Pinang harus meletak jawatan.

"Pemuda UMNO juga akan memperlihatkan lima lagi lokasi pusat sebegini kepada Ketua Menteri dan akan meminta beliau menyahut cabaran Datuk Zaidi," jelasnya.

Menurut Rafizal, pihaknya menyedari pelbagai usaha telah dilakukan oleh PDRM dan mereka komited dalam menjalankan operasi bagi membenteras kegiatan haram itu.

Beliau berkata, buktinya beberapa serbuan telah dilakukan terhadap premis judi dan pusat hiburan sepanjang tahun ini.

"Antara kejayaan PDRM dalam membenteras gejala ini ialah pada 22 November lalu telah berjaya memberkas 15 wanita warga asing yang berkhidmat sebagai tukang urut dibeberapa buah pusat refleksologi haram di Kawasan Bandar Baru Farlim.

"Selain daripada itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi telah membuat kenyataan di Bernama yang disiarkan pada 5 November lalu dimana sejumlah 6,771 mesin judi tidak berlesen dirampas dalam operasi polis di negeri ini sejak Januari hingga 31 Oktober 2014.

"Tahniah PDRM Negeri Pulau Pinang.

"Ini jelas terbukti kegiatan haram ini benar-benar berlaku di negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh rejim DAP dan menjadi persoalan mengapakah pengusaha kegiatan haram ini berani untuk menjalankan perniagaan di negeri ini," katanya.

Menurutnya, timbul juga persoalan adakah Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetahui wujudnya kegiatan haram berkenaan ataupun dia hanya sekadar menutup mata dan sengaja tidak mempedulikan dengan apa yang berlaku d isebalik aktiviti di negeri naungannya.

Laporan media dan statistik yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negeri itu jelas menunjukkan dakwaan mengenai kegiatan haram itu benar-benar berlaku di negeri ini seperti yang dibangkitkan Mohd Zaidi.

"Lim Guang Eng juga wajib menarik balik ungkapan ‘penipuan terkeji' yang dilemparkan kepada Mohd Zaidi.

"Pemuda UMNO bimbang sekiranya kegiatan haram berkenaan tidak dibendung dengan serius ianya akan mencetuskan pelbagai masalah kepada masyarakat

"Kami juga menggesa kepada semua masyarakat agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui berlaku kegiatan haram di mana-mana kawasan di negeri ini," katanya. ~malaysia gazzette




Iklan B (ii)






2 comments:

  1. Buat apa nak mencabar cina dengan pusat perjudian dan pelacuran , mereka sememangnya sudah lali dengan kegiatan tersebut lagi pula pada mereka tidak ada haram halalnya ,bukankah lebih elok jika mencabar pentadbir negara yang membuka secara terhormat pusat-pusat perjudian dan pelacuran atau pun bagi mengelakkan orang melayu dan khususnya dan rakyat amnya dari terlibat dengan kegiatan tersebut dengan aktivity yang munafaat seperti membanyakkan lagi penerangan yang menjuruskan kebaikan dari pemimpin negara sendir menunjuk tauladan yang tidak baik.

    ReplyDelete
  2. macammana ya pusat judi dan pelacuran yang sememangnya haram tapi dihalalkan kerajaan .... pm kena letak jawatan kot.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...