Wednesday, 17 December 2014

Lagi Pilihanraya Kecil Akan Berlaku, ADUN Inanam Dari PKR Letak Jawatan


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam Dr Roland Chia daripada PKR meletak jawatan hari ini, mengumumkannya melalui pesanan di akaun Twitternya, menyatakan faktor kesihatan sebagai puncanya.

Pakar perubatan pergigian itu, menggunakan nama @RolandChiaMS, menulis tweet berterima kasih kepada kepimpinan parti dan pengundi di kawasannya kerana menyokongnya selama 17 bulan lepas.

Dalam reaksi segera, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata Chia dipercayai berada di luar negara waktu ini dan parti sedang berusaha menghubunginya bagi memastikan kesahihan statusnya seperti yang turut ditulis di akaun Facebooknya.

ADUN Inanam Dari PKR Letak Jawatan

"Saya sudah berhubung dengan pimpinan PKR Sabah dan pegawai Chia dan mereka mengesahkan yang beliau memang ada masalah kesihatan, walaupun tidak dapat dipastikan statusnya.

"Sehingga saya dapat berhubung sendiri dengannya, saya tidak dapat mengesahkan sama ada keputusan meletakkan jawatan itu muktamad atau tidak," katanya dalam satu kenyataan.

ADUN Inanam Dari PKR Letak Jawatan

Dr Chia memenangi kerusi Inanam dalam pilihan raya negeri lalu dengan majoriti 3,202 undi melawan Datuk Eric Majimbun daripada SAPP dan Joseph Lantip daripada BN-PBS.

Beliau juga merupakan naib pengerusi PKR Sabah dan ahli majlis tertinggi parti. ~malaysian insider




Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...