Monday, 15 December 2014

Komplot Sebenar Khairuddin Saman 1MDB Akhirnya Tersebar?


Menafikan beliau sebahagian daripada plot dalaman Umno untuk melemahkan presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketua bahagian parti yang membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata beliau bertindak bersendirian.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan berkata beliau tidak bertindak bagi pihak orang lain dalam membuat laporan terhadap dana yang dibebani hutang, di mana Najib adalah pengerusi.

Khairuddin menegaskan tiada siapa berada di belakangnya dalam apa yang beliau sifatkan sebagai "perjuangan peribadi untuk kebenaran".

"Saya nak nyatakan dengan jelas (sebelum ini). Saya bertindak sendirian berdasarkan prinsip saya sendiri ... saya berdiri sendiri dalam hal ini," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Khairuddin, dilaporkan penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang dalam kritikan beliau terhadap Najib dan dana berkenaan, berkata beliau hanya bertindak demi kepentingan awam.

Membuat laporan polis terhadap 1MDB, tiada kaitan dengan Umno, presiden atau mana-mana menteri kewangan, kata ahli perniagaan itu yang bersama Umno selama lebih 25 tahun.


"Bantahan awam sudah berlaku terlalu lama. Terdapat banyak pertanyaan daripada orang ramai, pembangkang dan juga tiga bekas menteri kewangan. Laporan dalam (akhbar bisnes) The Edge juga membangkitkan isu itu.

"Tetapi 1MDB hanya membisu. Tidak menafikan apa-apa dan diam sahaja. Bayangkan RM41.9 bilion hutang yang dicatatkan oleh syarikat itu. Ia adalah terbitan awam. Jika ada yang tidak beres dengan lembaga, ia akan memberi kesan kepada kerajaan dan seterusnya kepada rakyat.

"Malangnya, kita tidak mempunyai pemimpin, yang akan berdiri dan mempersoalkan perkara itu. Kita mempunyai pemimpin, yang seperti tripod kepada pucuk pimpinan dan enggan mendengar apa yang orang perkatakan," katanya.

Khairuddin adalah sepupu kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penerbit buku kontroversi “50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM” yang digunakan terhadap Anwar sebelum pemecatannya daripada kerajaan dan tuduhan liwat pada 1998.

Komplot Sebenar Khairuddin Saman 1MDB Akhirnya Tersebar?

Dalam laporan polis pada hari Jumaat, Khairuddin meminta siasatan "terperinci dan menyeluruh", menggesa pihak berkuasa menyoal siasat pengarah dan wakil daripada mana-mana syarikat yang mungkin terlibat dalam skandal 1MDB.

Katanya, beliau membuat laporan terhadap syarikat dan lembaga pengarahnya selepas mengkaji pelbagai laporan dalam media cetak nasional dan antarabangsa serta media online yang "jelas terbukti" terdapat kelemahan dalam pengurusan dana pembayar cukai 1MDB.

1MDB – idea Najib – dana kekayaan negara kedua selepas Khazanah Nasional Bhd.  Syarikat itu baru-baru ini mendapat perhatian selepas beberapa pemimpin pembangkang mendedahkan hutang dana yang besar, tawaran tanah meragukan dan kerahsiaan ke atas urusannya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, secara terbuka mengkritik Najib dan mempersoalkan dana, meminta Putrajaya menerangkan bagaimana 1MDB memberi manfaat kepada rakyat Malaysia kerana ia menanggung RM38 bilion hutang dalam tempoh hanya lima tahun beroperasi.

Selain Dr Mahathir, kritikan terhadap Najib dan dana juga datang daripada blogger pro-Umno, paling menonjol wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin, yang melaporkan Dr Mahathir sangat bimbang sehingga mengadakan mesyuarat dengan para pegawai atasan 1MDB serta menyoal sendiri mereka.

Khairuddin berkata beliau sedih Umno Pulau Pinang tidak dapat memahami mengapa beliau membuat laporan terhadap syarikat swasta itu.

Beliau berkata, ia mengecewakan apabila kepimpinan parti negeri mengarahkan bahagianya untuk membincangkan tentang beliau dan apa yang dilakukannya.

"Beribu-ribu orang, termasuk pemimpin pelajar, mengucapkan tahniah kepada saya kerana apa yang saya lakukan.

"Jika seorang ahli Umno boleh melakukan sesuatu seperti ini, mereka tidak fikir ia memberi cahaya positif kepada parti dan membawa belia kembali dan menyokong Umno?" katanya, sambil menambah tidak faham mengapa beliau diberi tekanan sebegitu rupa kerana melakukan sesuatu yang baik untuk orang ramai.

"Adakah salah bagi saya melakukannya sebagai pembayar cukai, atau warganegara yang bertanggungjawab? Tanya semua keldai itu. Adakah ia salah? Adakah ia sepatutnya peranan seorang ahli politik untuk melindungi kepentingan rakyat?

"Saya hanya meminta semak dan seimbang sebuah syarikat swasta. Adakah kita bukan sebuah negara demokratik? Mereka begitu emosi dan tidak rasional. Saya tidak tahu mengapa. Saya tidak faham," katanya.

Khairuddin juga berkata beliau bercakap dengan setiausaha parti negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam dan kedua-duanya menasihati beliau supaya menarik balik laporan polis yang dibuat.

"Tetapi pendirian saya jelas. Saya berjuang untuk rakyat. Hati nurani saya jelas. Kita perlu tadbir urus yang baik dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Saya rasa ia adalah bijak membiarkan polis menyiasat. Jika hasil siasatan menunjukkan semua adalah baik, maka saya akan menerima dengan hati terbuka," katanya.

Khairuddin berkata beliau juga bersedia menghadapi sebarang akibat daripada Umno, sambil menambah: " Saya menjawab kepada Allah SWT.  Yang lain tidak menjadi hal."

Beliau berkata sedang memikirkan untuk melepaskan jawatan parti supaya boleh bertindak atas kapasiti sendiri, dan tidak membebankan rakan-rakannya di bahagian ini, dan parti sama ada di peringkat negeri dan kebangsaan.

"Saya sudah berfikir mahu meletakkan jawatannya sebagai naib ketua bahagian. Saya tidak mahu Umno terlibat."

Semalam, Umno Pulau Pinang menegaskan tidak bertanggungjawab dengan tindakan Khairuddin, berkata beliau bertindak dengan sendiri. Hari ini, Astro Awani melaporkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Umno Pulau Pinang tidak akan tergesa-gesa mengambil tindakan ke atas Khairuddin.

"Kami tidak akan tergesa-gesa kerana Umno adalah sebuah parti demokratik. Kami akan menilai sama ada terdapat apa-apa pelanggaran disiplin.

"Jika terdapat suatu pelanggaran tatatertib, bukan sahaja dia (Khairuddin) tetapi tindakan akan diambil terhadap semua orang," kata ahli Parlimen Kepala Batas itu dipetik sebagai berkata awal hari ini.

Sejam selepas Khairuddin membuat laporan itu, 1MDB mengeluarkan kenyataan pada malam Jumaat dengan mengatakan laporan itu tidak mempunyai asas undang-undang. Ia juga mengalu-alukan sebarang penyiasatan mengenai hal ehwal dan peluang untuk menangkis tuduhan berniat jahat. ~malaysian insider



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...