Monday, 1 December 2014

Kejutan Terkini Dari PasMa..


Hubungan antara PAS dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tegang di Terengganu apabila aktivis NGO itu mendakwa program mereka di Dungun diganggu aktivis PAS kawasan itu.

Sehubungan itu, seorang pemimpin PasMa kawasan itu yang menganjur program itu, Baharudin Abd Hamid membuat laporan polis.

Ini adalah kekasaran pertama yang berlaku antara kumpulan itu dengan PAS sejak parti Islam itu dilanda krisis dalaman.

Ia bermula apabila PasMa dengan menggunakan sebuah NGO lain iaitu Pertubuhan Tuntutan Demokrasi dan Saksama (Desak) dengan kerjasama Kelab Veteran PAS Dungun menganjurkan satu majlis di Dungun Jumaat lepas.

Namun PAS tidak bersetuju bendera parti itu dipasang di majlis itu kerana ia bukan majlis anjuran PAS.

Ekoran itu, beberapa aktivis PAS cuba membuang bendera itu dan berlaku kekecohan antara mereka dan ia berlanjutan sehingga beberapa kejadian.

Ekoran itu, Baharudin yang merupakan ketua PasMa Dungun membuat laporan polis di Balai Polis tengahari semalam.

Dalam laporan itu, Baharudin meminta pesuruhjaya PAS Terengganu dan ahli Parlimen Dungun yang juga daripada PAS bertanggungjawab terhadap peristiwa itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad turut menyertai program yang bertajuk “Mengembalikan Pemerintahan PR Terengganu” itu bersama Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, Adun Bandar yang juga pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing. ~malaysian insider





Iklan B (ii)







2 comments:

  1. Yang takut sangat ngan PASMA sebab apa? sedangkan dalam pkr pun dah ada ngo samm dan jingga13.Takkan PAS nak pertahan tuang guru haji hadi dan UG dah terang lagi bersuluh pas ni memang takut ngan ngo PASMA ni.

    ReplyDelete
  2. Biasa le manusia yg bnyk buat salah... Kalau benar dvsisi Allah nak takut buat pa... Syabas pasma....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...