Tuesday, 16 December 2014

Kejutan Dari Majlis Professor Negara


Program pemutihan '6P' yang dilaksanakan kerajaan dikritik ahli akademik sebagai tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya menggalakkan kemasukan pekerja asing.

“Saya dalam (melaksanakan) kajian selalu bertemu orang itu (pendatang) kata, tidak apalah kita baliklah dulu.

“Esok (kata mereka) kita datanglah sebagai pelancong. Lepas itu kita kerja balik.

"Kita tunggulah pengampunan yang akan datang,” kata Felo Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Azizah Kassim.

Program 6P merujuk kepada pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran melibatkan pekerja asing tanpa izin.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di persidangan Majlis Professor Negara, “Dilema Negara: Isu Cabaran Pekerja Asing di Malaysia” di Kuala Lumpur hari ini.

Angka melonjak 2.2 juta

Sementara itu, Azizah juga berkata masalah warga asing tidak kunjung selesai kerana terdapat pekerja asing pulang ke negara masing-masing dan kembali tanpa membayar levi.

“(Ketika) pemutihan, kita tukar taraf dia daripada pekerja tanpa izin kepada pekerja sah. Tetapi tahun depannya adakah dia bayar levi?

“Mungkin dia tidak bayar, maka jadi PATI (pendatang asing tanpa izin) balik. Ia tidak menyelesaikan masalah.

“Saya anggap tindakan macam ini seperti sakit bagi makan ubat, lepas itu sakit balik sebab punca berlakunya tidak ditangani,” katanya.

Beliau turut berkata, program 6P juga menyebabkan jumlah kemasukan warga asing makin tinggi ke negara ini.

“Angka untuk pekerja asing berdaftar melonjak naik sampai 2.2 juta sebab dari program 6P,” ujarnya. ~malaysiakini



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...