Sunday, 7 December 2014

Indonesia Buat Kejutan Lagi.. Saksikanlah!!


Indonesia mengotakan janjinya untuk menenggelamkan kapal-kapal nelayan asing yang menceroboh perairannya apabila bertindak mengebom tiga buah kapal nelayan Vietnam hari ini.

Menurut media tempatan, ketiga-tiga bot nelayan Vietnam itu ditenggelamkan menggunakan bahan letupan di perairan Pulau Anambas, Kepulauan Riau.

Asap hitam dan serpihan kapal-kapal nelayan itu menyelubungi kawasan perairan selepas operasi letupan itu dilaksanakan.

Tiga buah kapal perang Tentera Laut Indonesia, Sultan Hasanuddin, Todak dan Barakuda mengawasi keadaan semasa letupan itu dilaksanakan.

Anak-anak kapal nelayan itu bagaimanapun telah dipindahkan terlebih dahulu ke salah sebuah kapal perang republik terbabit.

Mereka bagaimanapun dibenarkan melihat tindakan menenggelamkan kapal-kapal milik mereka daripada helipad kapal perang itu.

Tindakan menenggelamkan kapal-kapal nelayan asing itu adalah selaras dengan arahan Presiden Indonesia yang baru Joko Widodo yang mahukan kapal-kapal asing yang menceroboh perairannya ditenggelamkankan sebagai hukuman.

Arahan Joko Widodo atau Jokowi itu mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat dan pemimpin di Malaysia yang rata-rata mengatakan ia adalah suatu tindakan yang kejam dan tidak bersandarkan undang-undang. ~malaysia gazzette



Iklan B (ii)







4 comments:

  1. pimpinan mana di Malaysia yang kata kejam tu...itu pemimpin bangang...mana lebih utama rakyat asing atau tempatan..itu sebabya berjuta pendatang asing ada di malaysia bekerja, melacor dan merompak...pemimpin tu mungkin otaknya senget...

    ReplyDelete
  2. satu langkah pencegahan terbaik oleh kerajaan indonesia....jika tiada bot, tiadelah mereka datang lagi menceroboh....jika di saman dan dilepas, mereka kemungkinan besar akan datang lagi utk mendapatkan hasil bagi menggantikan saman tersebut...dan mungkin akan dtg lagi ke Indonesia utk mendapatkan hasil dari negara yang menyaman mereka...tindakan ini pasti akan menjadi cegah rintang terbaik utk mengekang nelayan asing merompak hasil laut negara...

    ReplyDelete
  3. pemimpin melayu malaysia boleh ker buat macam tu?

    ReplyDelete
  4. OKlah! Kalau begitu, kita pula buat, dengan bertindak menenggelamkan atau pecahkan tongkang atau kapal mereka (orang Indonesia yang datang secara haram ke Malaysia) yang masuk ke perairan/sempadan kita sesuka hati, bagaimana?
    Perkara ini mungkin boleh menyebabkan peperangan tetapi cuba kita fikir, asyik kita (Malaysia) sahaja mengalah. Mereka boleh masuk sempadan Malaysia sesuka hati tetapi kita termasuk sikit sahaja dalam sempadan mereka dah kena tembak, apa cerita ...? Tak adil langsung.
    Ingat ya, pendatang asing di Malaysia ini sudah mencecah 6 juta lebih orang. Itu yang berdaftar. Jika yang tak berdaftar (pendatang tanpa izin) mungkin boleh mencapai 7 hingga 8 juta orang.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...