Sunday, 4 January 2015

Husam Dedah Rahsia Banjir Besar Di Kelantan?


KUALA LUMPUR: "Banjir pergi dengan sebahagian penduduk kehilangan rumah sepenuhnya. Tentunya pula mereka kehilangan pakaian dan lainnya," tulis Datuk Husam Musa.

Menurut Naib Presiden PAS itu, sebahagian besar mereka dari Kuala Krai. Beliau difahamkan sebahagian kuarters anggota polis yang baru siap di Bandar Kuala Krai masih lagi kosong.

Justeru, katanya Kementerian Dalam Negeri wajar mengizinkan mereka menginap di situ sementara rumah mereka dibina semula. 

Menurut beliau lagi, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli sudah membangkitkan cadangan itu.

"Teka teki masih lagi belum terjawab. Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini?" tanya Husam menerusi facebooknya pagi tadi.

Husam Dedah Rahsia Banjir Besar Di Kelantan?

Kalau sebelum ini beliau memanjangkan sebutan orang kampung mengenai Empangan Jajar, ada pihak yang membetulkan.

Baginya, orang kampung mungkin tersalah dalam menamakan tetapi syak mereka adalah pada empangan dalam pembinaan.

Beliau menambah, ada satu lagi empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua.

Menurutnya, info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.

Justeru, beliau yang juga Adun Salor memohon TNB memberikan penjelasan segera.

Kerajaan negeri juga, ujar beliau patut menubuhkan jawatankuasa menyiasat.

"Insya Allah selepas ini saya cuba dapatkan imej satelit dari sebuah stesen satelit di China. TNB mesti berani untuk telus," tulis beliau selanjutnya. ~harakahdaily



Addin:

Mungkinkah pembalakan secara berleluasa punca banjir besar di Kelantan?







Iklan B (ii)








13 comments:

  1. Husam adalah salah seorang yang bertanggung jawab keatas punca banjir di Kelantan. Kerakusan pembalakan dan pembukaan tanah untuk pertanian yang tidak terkawal adalah punca sebenarnya.Husam cuba nak lepas tangan dan salahkan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bongok. Awak faham tak apa yg didedahkan oleh Husam tu? Atau memang awak dungu sebab lama sangat dalam umno? Biar aku ajar kau sikit, kan Husam kata TNB (awak tahu tak apa bendanya ni?) sedang buat empangan janakuasa di ulu Kelantan. Bila buat empangan banyak pokok2 ditebang dan tanah diratakan.Limpahan air dari disitu jadi punca banjir. Ada faham??

      Delete
    2. bila pulak buat empangan kena tebang balak banyak macam tu? da google 2006 image n compare to updated view?

      Delete
    3. Banjir atau bencana alam kuasa ALLAH, Johor tak tebang balak pun banjir juga...

      Delete
  2. Baru mendengar sesuatu mengenai kenyir 2 tadi. Perlu penyiasatan menyeluruh dan bukan tuding menuding atara satu pihak dan pihak yg lain

    ReplyDelete
  3. Gue stuju dgn Husam & Jazilah, memang patut disiasat sebab musabab supaya usaha mengurangkan keparahan dan kesan banjir, berkesan. Semuga dapat diselidik juga kemungkinan Empangan Kemubu dapat mengalirkan air ke laut melalui Bachok.

    ReplyDelete
  4. Jd gentleman. Nak tuduh org kena bg nama. Ini dok selindung balik tak bernama, org tu lebih tidak bermaruah.

    ReplyDelete
  5. Baik Kerajaan Negeri Kelantan membuka dialog dengan Amerika Syarikat untuk bantuan terus..... Tak ada masalah kalau melibatkan isu malapetaka.

    ReplyDelete
  6. Satu aset yang digunakan oleh negara-negara seperti Jerman, Kanada, Mexico,Venezuela dan sebagainya dalam misi bantuan banjir ialah Armoured Personnel Carrier. Ia adalah aset amfibia yang boleh mengharung jalan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan berat.

    ReplyDelete
  7. Pembinaan empangan sama sekali bukan punca utama banjir di Kelantan. Kalau kita lihat di Perak misalnya, sebelum pembinaan empangan Chenderoh, sering berlaku banjir besar di Sungai Perak. Tetapi setelah pembinaan empangan, air tersimpan di empangan dan kadar pelepasan air dikawal sepenuhnya oleh empangan. Ini sangat membantu mengelakkan banjir besar di negeri Perak.

    ReplyDelete
  8. saya selalu memancing kat kenyir tak dengar pun kenyir 2 .kenyir dah jadi rumah kedua saya

    ReplyDelete
  9. Husam patut menerangkan perkara yang benar ... walaupun pahit
    kedudukan sebenar Kenyir 2 (nama yg entah mana datangnya) a.k.a Stesen Janakuasa Hulu Terengganu (SJHT) adakah ia menyebabkan banjir atau menampung lebihan air dari Kuala Krai dan Gua Musang ?
    Apakah Husam sanggup mendedahkan milik siapa balak hanyut di atas jalanraya Kuala Krai dan Gua Musang berpandukan no lot yg ada pada setiap balak itu ?

    ReplyDelete
  10. Anoymouse2,,Telalu bnyk blayo dgn kapal layar n bwk dacing tua,, tupasal jd bengong...camne dgn pmbalakan n tanah runtuh di pahang? , kbanjiran warga asing? Ada ko sisat? Apa tindakan ko?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...