Thursday, 11 December 2014

Giliran Tuan Guru Nik Aziz Belasah Mahathir


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempersoalkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakannya hanya berkecil hati apabila warga Malaysia dipinggirkan dalam isu Malaysia Airlines (MAS) tetapi tidak sensitif apabila undang-undang Allah diketepikan.

Sambil menyokong kenyataan bekas perdana menteri itu yang pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS Newco itu satu penghinaan terhadap rakyat Malaysia, Nik Aziz pula mendakwa sepanjang pentadbiran Dr Mahathir, beliau juga meminggirkan undang-undang Islam.

Katanya, Dr Mahathir terlambat menyedari yang sememangnya Malaysia menganggungkan Barat selama ini. Tun M baru sedarkah yang kita berkiblatkan Barat sekian lama dalam urusan bernegara?" soal Nik Aziz kepada Mahathir di laman Facebooknya hari ini.

"Jika kita boleh kecil hati kerana warga kita diketepikan dan warga Barat diagungkan, tidak berhakkah Allah juga 'kecil hati' apabila undang-undangNya diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia didaulatkan?"Sayangnya, berpuluh-puluh tahun Tun M menjadi PM pun tidak diambil kesempatan untuk mendaulatkan undang-undang Allah," kata bekas menteri besar Kelantan itu.

Sabtu lepas, Dr Mahathir pertama kali mengulas mengenai pelantikan Mueller yang diumumkan Jumaat, mengatakan Putrajaya terpaksa mengambil CEO Aer Lingus itu kerana "rakyat Malaysia bodoh", tidak pandai mengurus syarikat penerbangan hingga MAS mengalami kerugian.

Mengulas lanjut pelantikan Mueller berkuat kuasa 1 Januari 2015 itu, Dr Mahathir kemudiannya menyuarakan kebimbangannya terhadap sikap tidak percaya kepada kepakaran rakyat tempatan dalam pelantikan jawatan penting.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata Malaysia mempunyai banyak bakat berkebolehan yang boleh digilap, sambil menambah, kemakmuran negara yang dikecapi selepas kemerdekaan merupakan hasil kepimpinan rakyat tempatan sendiri.

Pelantikan Mueller, yang menerajui syarikat penerbangan nasional Ireland itu sejak 2009 dan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan pelancongan, mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak termasuk pemimpin Umno sendiri. ~malaysian insider



Iklan B (ii)







5 comments:

  1. Nak tanya TGNA, adakah hukum hudud segala-galanya dalam Islam. Bukan kah keadilan itu lebih penting dalam Islam. Bahkan Keadilan/Justice itu lebih penting tetapi nak tanya TGNA, apa kah PAS yang melaung-laungkan sebagai sebuah parti Islam buat untuk keadilan. Dalam PAS sendiri tiada keadilan. Kalau PAS parti Islam ia adalah atas namanya saja Parti Islam SeMalaysia tapi tiada lebih dari nama. Sama lah juga seorang manusia nama Islam tapi buat kerja haram.
    PAS sudah lah tiada jamin keadilan untuk pemimpin dan penyokong dan penduduk negeri yang diperintah selama lebih 20 tahun. Kalau keadilan untuk penduduk atau penyokongnya. Mana janji PAS, NEGARA KEBAJIKAN. Kalau betul adil, MANA KEADILAN UNTUK PEMIMPIN YANG DICANTAS OLEH KEPIMPINAN HARI INI. KALAU BETUL ADIL, KENAPA HANYA NAK BERLAKU ADIL UNTUK PRESIDEN.
    Hari ini pemimpin PAS cakap tak serupa bikin. Ini kah yang diajar Islam. Kalau Mahathir cakap, hampa melinting, Hina Islam kunun. Yang hampa do hina Islam berpuluh puluh tahun, bagaimana?? Presiden mendahulukan anak menantu dari parti, buat senyap, Presiden tidak patuh pada janji dengan rakan kongsi dalam gabungan parti, buat senyap jo. Usah lah bercakap atas tiket Islam kalau sendiri tidak mahu patuihnya.

    ReplyDelete
  2. Bila tgna hentam umno...siar. Bila tgna hentam anwar...senyap.

    ReplyDelete
  3. yakin dan percaya pada tokguru..semoga Islam memerintah bukan diperintah..AMIN.

    ReplyDelete
  4. Ada dua bas yang sedang bergerak ke dua destinasi yang berlainan.

    Bas A menghala ke arah syurga dan bas B menghala kearah neraka. Memang dalam kedua-dua bas itu sentiasa ada kesilapan dan pergaduhan kecil dikalangan penumpang juga pemandu.

    Tetapi nampaknya JOHAN Mutahir ni suka mempertikaikan kesalahan kecil bas A dan lebih menyokong bas B yang menghala steeringnya ke neraka!!!

    Semoga Allah memberikan hidayah petunjuk kepada kita semua termasuk JOHAN Mutahir.

    Suka hati dialah, mungkin dia tu penumpang tetap bas B dan dia sendiri pun berilmu songsang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah hukum melaksanakan hudud? Adakah hudud tidak wajib dilaksanakan bagi orang islam? Siapakah yang pula tolak hudud?Apakah hukum orang islam yang tolah hudud?....semuanya adalah jelas dan nyata.

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...