Tuesday, 2 December 2014

Gambar Kejadian Tanah Runtuh Di Slim River, Perak


Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku malam tadi di Batu 4 Slim River Perak. Ekoran daripada kejadian itu, jalan Kuala Slim ke Felda Besout serta kawasan di sempadan negeri Selangor, ditutup kepada kenderaan berat. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zain Mohd Saedin berkata pihaknya serta beberapa agensi lain masih melakukan pemantauan di lokasi sejak malam semalam. Menurut beliau, kawasan yang terjejas adalah sepanjang 34 meter, selebar 8 meter dan tanah menggelungsur ke bawah sedalam 45 meter. 

Menurut Md Zain, punca kejadian masih disisasat namum beliau tidak menolak kemungkinan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh adalah disebabkan hujan lebat semalam. 

Selain itu beliau memberitahu, pada pagi ini tiada pergerakan tanah berlaku, bagaimanapun situasi tersebut masih dalam keadaan bahaya. 

Sehubungan itu beliau memberitahu, jalan tersebut akan dibuka selepas pihak Jabatan Kerja Raya membaiki laluan tersebut dan memastikan ia selamat untuk digunakan kepada semua kenderaan.










Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...