Friday, 12 December 2014

Gambar Ini Amat Memalukan Malaysia.. Saksikanlah!!


Gambar ni amat memalukan Malaysia. Kain rentang yang terdapat di dalam Stadium My Dinh, di Hanoi, Vietnam bermaksud, 'bola sepak membantu kita menjadi kawan, jangan melakukan perkara yang bertentangan'. 

Piala Suzuki AFF Separuh Akhir Kedua antara Vietnam menentang Malaysia jam 8.00 malam malam tadi, di Stadium My Dinh, Hanoi dihiasi kain rentang gergasi dalam bahasa Inggeris “Football help us becomes friends, do not do the opposite” yang bermaksud, “bola sepak membantu kita menjadi kawan, jangan melakukan perkara yang bertentangan”.

Ternyata kain rentang berkenaan bukan sekadar hiasan semata, sebaliknya boleh dianggap satu sindiran pedas lagi tajam terhadap sekumpulan samseng bolasepak yang mencetuskan kekacauan dan pergaduhan pada perlawanan separuh akhir pertama antara kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam 8 Disember lalu. 


Gambar ni amat memalukan Malaysia. Insiden berkenaan mendatangkan malu berganda kepada negara kerana sudahlah anak buah Dollah Salleh tersungkur 1-2 kepada pasukan lawan di gelanggang sendiri, enam penyokong Harimau Malaya pula ditahan polis. 

Lima penyokong lelaki diberkas kerana mengingkari arahan polis dengan membakar suar di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung walaupun dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian. 

Seorang lagi lelaki ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan dengan penyokong Vietnam pada minit akhir perlawanan dan yang lebih memalukan pergaduhan itu dicetuskan oleh provokasi yang dimulakan penyokong Malaysia. 

Mujur pergaduhan itu dileraikan dengan tindakan pantas polis namun penyokong Vietnam terbabit yang cedera di kepala enggan membuat laporan polis walaupun dinasihatkan untuk berbuat demikian. 

Sehari kemudian pihak polis mengeluarkan kenyataan sedang menjejaki 15 orang suspek bagi membantu siasatan kes kekecohan samseng bolasepak di Stadium Shah Alam itu. 

Walaupun sedih dan kesal menyaksikan rakyatnya diserang di stadium Shah Alam, kerajaan Vietnam melalui Duta Besarnya ke Malaysia Pham Cao Phong kelmarin memberi jaminan keselamatan terhadap penyokong Malaysia yang berkunjung ke Vietnam. 

Kata Pham, penyokong Malaysia tidak harus bimbang hadir menyaksikan pertandingan separuh akhir kedua di Hanoi dan kehaditan mereka akan dialu-alukan. 

Atas semangat sukan dan kawan tiada pun berlaku apa kejadian yang tidak bertamadun zaman babarian yang dilakukan oleh para penyokong Vietnam terhadap penyokong Harimau Malaya di Stadium My Dinh, Hanoi, malam tadi dengan keputusan Harimau Malaya layak kepusingan akhir bertemu Thailand setelah menumpaskan Vietnam 4-2 dengan agregat 5-4.



Iklan B (ii)







3 comments:

  1. Mana barbarian haritu? haramkan terus dpd masuk stadium..

    ReplyDelete
  2. Salute kpd Vietnamese mcm sy berada diliga J

    ReplyDelete
  3. mereka (penyokong vietnam) lebih bertamadun dr segi sikap..biarpun bukan "negara Islam",,,kalahpun kalah bermaruah ..harap penyokong malaysia yang buat dajjal kat stadium hari tu dikenakan hukuman setimpal,,,buat malu org malaysia je..disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...