Monday, 22 December 2014

Gambar Dan Berita Ini Bukti PAS Di Fitnah


Ada yang kata pemimpin Pas dan kerajaan negeri hanya pandai berdoa minta mangsa banjir di negeri ini terselamat daripada segala musibah. Kononnya tidak ada pemimpin Pas yang datang membantu jauh sekali hendak menghulur bantuan. Bagaimana boleh timbul cerita begini?

"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting mangsa banjir tahu apa yang telah Pas dan kerajaan negeri buat sejak banjir melanda negeri ini. 

Ini semua permainan politik kotor yang sengaja direka untuk memburukkan nama baik kerajaan negeri dan Pas. Tak apa, kami faham permainan ini," kata Ketua Pemuda Pas Malaysia, Suhaizan Kayat ketika dihubungi MalaysiaGazette pagi tadi.

Jelas Suhaizan, Pas tidak ada masa untuk memikirkan fitnah yang dilemparkan sebaliknya mahu terus memberi perhatian dalam membantu mangsa banjir.

"Selain sumbangan daripada kerajaan negeri yang tidak putus-putus, kami turut menerima bantuan makanan dan barang keperluan lain dari pihak luar.

Jadi, kalau ada yang mahu menyalurkan sumbangan atau bantuan, bolehlah menghubungi mana-mana pejabat Pas terdekat," ujar Suhaizan yang kini berada di Rantau Panjang, Kelantan.

Tambahnya, apa juga bantuan yang diterima akan dimanfaatkan sepenuhnya kepada mangsa banjir.

"Selain makanan, kami juga perlukan lilin kerana bekalan ekektrik banyak terputus. Akses untuk ke pusat penempatan banjir juga agak kritikal tapi kami tetap berusaha untuk menyampaikan bantuan yang diterima biarpun terpaksa mengharungi banjir separas dada," katanya. ~malaysia gazzette



Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...