Sunday, 7 December 2014

Dr. Asri Sindir Siapa Pulak Ni?


Tulisan terkini Dr Asri Zainul Abidin, Dr Maza di akaun facebook beliau berkaitan PAS dan dasar kenegaraan yang diperjuang PAS. 

Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia. Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara.

Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?! 

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep ‘Wilayatul Faqih’ yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran. 

Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan. 

Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah. Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidin sendiri sering ditanya dan dipersoalkan oleh rakyat tindakan politik dan strategi mereka, siapalah kita semua?!

Jika ini impian kenegaraan PAS, maaf saya antara yang tidak mampu mengundi mereka. – Dr Maza 

Kritikan yang sepatutnya di’rasai’ PAS dan pemimpinnya. Jangan buta-buta pula Dr Maza yang dikritik!! ~ekeleh 



Iklan B (ii)







1 comment:

  1. Aku hormat Ustaz Maza dgn kealiman ilmu agama dia tp dia mgkn kurang arif ttg ilmu politik yg mana dlmnya penuh dgn sepak terajang, maki hamun, fitnah, pengkhianatan, sabotaj dan tikaman dari blkg yg kadang kala perlukan pertimbangan yg bijaksana walaupun mendapat tentangan dan bakangan demi survival politik berpaksikan agama tanpa bercanggah dgn hukum agama. Apapun yg ditekannya adalah bersedia menerima teguran . Apa yg berlaku sekarang bukannya teguran semata2 tetapi perancangan jahat utk menjatuhkan ulamakk dan agama menggunakan kaedah fitnah, cerita2 yg di tokok tambah serta usaha2 rampas kuasa secara biadap.Nabi S.a.w. pernah beritahu bahawa org yg perjuangkan agama yg sejati pada akhir zaman ibarat mengenggam bara api dan inilah yg berlaku sekarang di seluruh dunia spt mesir, syria dan juga malaysia. Tetapi serangan di Melaysia serangan yg dihadapi bukan dlm bentuk peluru ttp tohmahan, fitnah dan terkini resapan aliran pemikiran pluralisme, liberalisme, lgbt dsbnya yg mulai mencemari pas. Mmg sejak akhir ini Pas ada mempertimbangkan sedikit prinsipnya namun ianya bukan terlalu longgar hingga terseleweng perjuangan pas sebenar. Sbb itulah tghh perlu bertindak perlu bertindak spy tidak tersasar walaupun ianya tdk popular dikalangan geng anwarinas dan pkr yg lebih cenderung kpd kaedah machievallian demi mengenggam kuasa. Ingat mmg kita diminta berusaha ttp bukan dgn kaedah yg melanggar hukum dan bukan segala masalah ketidakadilan dan kezaliman dpt diselesaikan di dunia ini. Sbb itulah adanya akhirat dan pengadilannya. Apa guna kita berjaya di dunia ini tp kita tergolong dlm golongan bersalah di akhirat. Kita tidak perlu menjadi kafir ttp cukup dgn menjadi fasik atau A’si utk dihumbankan kita dlm neraka utk beribu tahun lamanya dan inilah yg sgt ditakuti oleh org2 yg benar2 beriman dgn kewujudan perkara2 ghaib yg Tuhan sembunyikan. Ramai dikalangan penyokong pas menyokong pas atas dasar trend sokongan terhadap PR atau pembangkang tanpa pemahaman agama sebenar dan ini mgkn satu kesilapan besar pemimpin Pas kerana gagal tarbiahkan mrk ini khususnya ttg ilmu tasauf dan bukan sekadar ilmu fiqh serta usuludin. Sbb itu ada klgn mrk ini terlalu bersifat ‘machievallian’ . Cuba bayangkan keadaanya pula bagi mrk yg kurang ilmu agama maka sudah tentu bertambah parah. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...