Friday, 19 December 2014

Cara Azmin Ali Kendalikan Isu Ini Membuatkan Umno Selangor Tersentap?


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali berkata, kerajaan negeri akan memberi ruang sepenuhnya kepada orang awam dan pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas sebelum meluluskan cadangan pembinaan enam lebuh raya di Selangor.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan mengambil kira pandangan rakyat dan pihak berkepentingan melalui bentuk ‘laporan tinjauan’ sebagai asas penggubalan Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035.

“Pandangan dan maklum balas ini sangat penting untuk kerajaan negeri menilai kesan dan impak sebelum cadangan tersebut dipersetujui,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas Azmin Ali, kerajaan negeri sentiasa berfikiran terbuka dan telus dalam membuat keputusan sesuai dengan amalan sistem demokrasi yang diamalkan.

Katanya, perbicangan dan bertukar fikiran melalui saluran yang betul amat dialu-alukan dalam setiap perancangan bagi memastikan pembangunan Negeri Selangor dapat dicapai.

Enam lebuh raya yang dimaksudkan ialah Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), Lebuhraya Serdang-Kinrara Putrajaya (Skip), Lebuhraya Timur Lembah Klang (EKVE) dan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang Expressway (Suke), Lebuhraya Pantai Barat dan Lebuhraya Damansara.

Semua projek lebuhraya tersebut merupakan cadangan yang telah dibuat oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LMM) dengan persetujuan kerajaan negeri. ~free malaysia today




Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...