Wednesday, 17 December 2014

BN Buat Kejutan Tidak Disangka-Sangka Di Kelantan


Barisan Nasional (BN) Kelantan tetap konsisten menyokong pelaksanaan hukum hudud yang hendak dilaksanakan PAS di Kelantan walaupun mendapat tentangan DAP, lapor Sinar Harian.

Setiausaha BN Kelantan Datuk Hanapi Mamat berkata BN berharap ia menjadi kenyataan apabila tiba masanya nanti.

Hanapi berkata pihaknya menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan undang-undang Islam itu dan akan terus komited menyokong usaha PAS Kelantan.

“Malah, pada masa sama kami di peringkat negeri cuba menyesuaikan diri dengan kehendak pelaksanaan undang-undang Islam ini.

“Realitinya BN Kelantan benar-benar ingin melihat hudud dilaksanakan sebagaimana dirancang,” katanya kepada Sinar Harian.

Hanapi berkata demikian ketika mengulas polemik baru yang tercetus di sebalik isu hudud termasuk desakan DAP agar PAS dan PKR menolak hukum Islam itu jika ingin menawan Putrajaya.

BN Buat Kejutan

Katanya, desakan DAP akan memperlihatkan siapa yang ikhlas dan sebaliknya, terhadap usaha melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

“Rakyat kena lihat siapa yang ikhlas dan sebaliknya, malah siapa cuba mempolitikkan isu ini dan yang betul-betul ingin melihat hudud ini dilaksanakan sebagaimana dirancang,” katanya.

Kelantan akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 29 Disember ini bagi meminda Kanun Jenayah Syariah II bagi membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan dulu di negeri itu.

Antaranya adalah hukuman ke atas penzina, pihak yang menuduh zina tanpa bukti (qazaf) dan peminum arak.

DAP pula menyifatkan pelaksanaan hudud akan melambatkan usaha Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.

PAS menegaskan, hudud akan dilaksanakan di Kelantan dalam kerangka demokrasi kerana ia banyak kali dimasukkan dalam manifesto PAS di negeri itu dan ia akan dilaksanakan ke atas umat Islam saja. ~malaysian insider



Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...