Saturday, 6 December 2014

Bukti Terbaru Ekonomi Negara Makin Nazak?... Saksikanlah


Sekumpulan kira-kira 20 orang pekerja Bernama TV (BTV) kini terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana masih belum dibayar gaji oleh majikan mereka sejak lebih sebulan lalu.

Seorang daripada kakitangan tersebut, yang enggan dinamakan berkata beliau terpaksa mengambil cuti sejak Isnin lalu kerana tidak mampu menanggung kos untuk ke tempat kerja.

Pembayaran gaji terakhir yang diterima adalah pada 20 Oktober dan mereka masih belum menerima bayaran gaji untuk bulan November.

"Duit untuk anak bini dan keperluan ada, (tetapi tiada wang untuk) pergi kerja," kata seorang kakitangan yang tidak mahu nama beliau disiarkan kepada Malaysiakini.

Kakitangan terlibat termasuk para wartawawan, penolong penerbit, dan pekerja studio BTV, yang masih tertanya-tanya mengenai tarikh sebenar pembayaran gaji mereka.

"Mula-mula janji minggu ini, lepas itu dengar minggu depan," kata seorang lagi kakitangan yang terjejas.

Sementara itu, pihak pengurusan BTV mengakui bahawa berlaku “kelewatan” dalam pembayaran gaji dan berjanji untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

"Kami dah masukkan bayaran pendahuluan, dan gaji penuh akan dimasukkan minggu depan," kata ketua pengarangnya, Datuk Zulkefli Salleh.

Namun, sumber di BTV menyatakan bahawa bayaran wang pendahuluan itu hanya diterima oleh segelintir kakitangan terlibat.

Sebahagian besar daripada 180 pekerja BTV merupakan kakitangan firma Bernama TV Synergy Sdn Bhd yang merupakan pemilik stesen TV itu.

Selebihnya, seramai 25 orang merupakan penjawat awam yang bekerja bawah agensi berita Bernama, dan telahpun menerima bayaran gaji masing-masing. ~malaysiakini




Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...