Thursday, 4 December 2014

Berita Memeranjatkan.. Dan Akhirnya Tidak Memeranjatkan Pun


Gelaran Datuk Seri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianugerahkan padanya pada 1992 ditarik balik oleh istana Selangor. Penarikan balik itu berkuat 3 November.

Kenyataan istana menyebut, pembatalan darjah kebesaran itu dibuat atas alasan Anwar mempersoal kewibawaan dan kuasa sultan dan institusi raja ketika krisis menteri besar sebelum ini.

"Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran ini," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Semakan di laman web darjah kebesaran negeri mendapati, penarikan balik itu diwartakan pada 20 November.

Ketegangan dengan istana itu muncul apabila PKR sebelum ini bertegas untuk menamakan seorang calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun istana mahukan lebih nama.

PKR mencalonkan presiden PKR dan isteri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Ismail walaupun istana akhirnya memilih timbalannya Azmin Ali sebagai menteri besar baru. ~malaysiakini


Addin :

Mula-mula terperanjat jugak baca berita berita ini tapi akhirnya dan faham-faham sendiri. Sultan Selangor dan SUnya.. korang pun tahu ideologinya. Cerita panjang-panjang nanti kena Akta Hasutan pulak. Faham-faham sendirilah..




Iklan B (ii)






3 comments:

  1. kalau takut dgn risiko jgn bicara soal perjuangan

    yg pasti selangor maju dan cemerlang di bawah PKR yg diterajui anak didik anwar.

    ReplyDelete
  2. berapa harga sekeping piring kecil gold plated zhulian ye?

    ada kawan nk beli.

    ReplyDelete
  3. dunia hanya pinjaman sementara.

    kita ini pun umpama bintang yg dianugerah Tuhan nyawa utk ke dunia.

    bila tiba masa, anugerah nyawa kita pun akan ditarik balik.

    tinggallah segala harta benda dunia, anak isteri, kemegahan dan imuniti.

    yg dibawa hanyalah amalan soleh dan akidah yg benar.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...