Monday, 1 December 2014

Berita Gempar Dari Pulau Pinang Yang Tidak Boleh Disorokkan Lagi..

ADUN Seberang Jaya

Tak tahulah aku apa dosa dan salah bangunan Pusat Khidmat ni.. tak pasal-pasal menjadi mangsa cubaan bakar oleh individu yang tak bertanggungjawab..

Menurut Pegawai Seranta Pusat Khidmat ADUN Seberang Jaya, Mohd Iskandar kejadian telah dimaklumlakan kepadanya oleh Puan Syarifah yang tinggal berdekatan dengan Pusat Khidmat tersebut pada sekitar jam 3.30 pagi.

Beliau yang telah bergegas ke Pusat Khidmat tersebut telah mendapati beberapa kesan terbakar pada dinding dan juga lantai diluar Pusat Khidmat yang terletak di Tingkat Siakap 3, Taman Siakap, Seberang Jaya.

ADUN Seberang Jaya

Jumlah kerugian belum ditaksirkan dan satu laporan Polis telah dibuat kerana kejadian dipercayai berunsur sabotaj.

ADUN Seberang Jaya

Pusat Khidmat ADUN Seberang Jaya tersebut telah dinasihatkan supaya ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak Polis dan Bomba..

ADUN Seberang Jaya

Siapalah yang punya angkara ni.. tak dak kerja sungguh!






Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...