Thursday, 18 December 2014

Berita Gempar Dari Ibu Pejabat MIC


Krisis yang melanda MIC semakin meruncing apabila kira-kira 500 ahlinya yang diketuai bekas Ketua Pemuda MIC Datuk T.Mohan mengadakan demonstrasi di pekarangan bangunan Ibu Pejabat MIC di Jalan Rahmat di sini. 

Kesemua mereka yang berkumpul sejak pukul 12.30 tengah hari mendesak Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel untuk meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan semula kepemimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dijalankan segera.

Berlaku kekecuhan apabila terjadi pergelutan, tolak menolak dan ejek mengejek antara penyokong T.Mohan dengan pendokong Presiden MIC, G.Palanivel

Kehadiran Pasukan Simpanan Polis (FRU) berjaya mengawal kejadian bertambah buruk. Kehadiran mereka juga bertujuan menghalang perjalanan Mesyuarat CEC yang dijadual pukul dua petang ini selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember lalu memaklumkan barisan CEC tidak sah dan mengarahkan pemilihan semula diadakan.












Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...