Friday, 12 December 2014

Berita Baik Buat Penjawat Awam?


Berita Baik Buat Penjawat Awam? Tuntutan Cuepacs Semakan Skim Kenaikan Gaji 2015 Naik Bagi Penjawat Awam : Pelaksana I RM805 & Pelaksana II RM820 Sahaja? Tuntutan kenaikan gaji naik 2015 dan juga bonus bukan sahaja melibatkan penjawat awam dan kakitangan kerajaan sahaja malahan juga kakitangan swasta. Ini kerana…. mereka merasakan mereka layak menikmatinya.

Hakikatnya, beban kerja yang lebih berat perlu dipikul mereka tetapi pendapatan yang diterima masih lagi ditakuk lama.

Contohnya Cuepacs yang membela nasib 1.4 juta penjawat awam di Malaysia. Cuepacs malaysia masih lagi kecewa apabila “janji masih lagi tidak ditepati” apabila semakan kenaikan gaji melalui penambaikan kesemua 252 skim perkhidmatan awam tidak ditunaikan sehingga sekarang ini walaupun sudah tidak berapa lama sahaja lagi kita bakal menginjak ke tahun baru 2015.

Dalam pada kerajaan Malaysia mahukan syarikat swasta menaikkan gaji pekerja mereka melalui pelaksanaan gaji minimum di Malaysia, masih ada gaji kakitangan awam di bawah paras kemiskinan peringkat Nasional yang telah ditetapkan pada kadar baru baru iaitu RM880. Sedangkan :

Berita Baik Buat Penjawat Awam?

Semakan Kenaikan Gaji 2015 : Ada Gaji Penjawat Awam Bawah Paras Kemiskinan?
  • Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana I : RM805 sebulan sahaja
  • Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana II : RM820 sebulan sahaja
  • Gaji kumpulan menengah : masih lagi rendah
Cuepacs Malaysia merasakan untuk apa negara mendapat status negara berpendapatan tinggi sedangkan realiti kakitangan kerajaan masih lagi menikmati gaji yang rendah setiap bulan, dalam pada masa yang sama kos sara hidup semakin hari, semakin meningkat. Setuju?

Dalam keadaan kenaikan harga barang di Malaysia hari ini dan beban kos sara hidup sekarang ini pun sudah menekan terutamanya ramai penjawat awam di Malaysia, Cuepacs semakin risau, apakah penjawat awam di Malaysia mampu menghadapi cabaran seperti untuk 5 tahun lagi?

Kajian semakan kenaikan gaji penjawat awam 2015 masih lagi belum ada sebarang tanda dan lampu hijau daripada pihak kerajaan Malaysia baik daripada segi tarikh dan butirannya.

Berita Baik Buat Penjawat Awam?

Cuepacs mahu paras gaji minimum di Malaysia bagi kakitangan awam naik kepada paras RM1,200 sebulan.

Bagi Berita Semasa ada baik semakan kenaikan gaji 2015 bagi penjawat awam bukan sahaja kelompok pelaksana sahaja tetapi meliputi semua peringkat. Dan kerajaan Malaysia usahlah menunggu tuntutan daripada Cuepacs untuk membuat kajian semakan gaji penjawat awam. Sepatutnya setiap tempoh antara 5 hingga 10 tahun perlu diperbaiki sekim penjawat awam yang sedia ada.

Adakah jikalau Cuepacs tidak minta, ia akan kekal begitu sehingga 20-30 tahun daripada sekarang? ~berita semasa




Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...