Wednesday, 17 December 2014

Bekas Pengerusi SPR Buat Onar Lagi..


Perkasa mendakwa bekas pegawai tinggi kerajaan yang tidak mengkritik kerajaan sudah 'dibeli' menyebabkan “mereka diam membisu selepas bersara”.

Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Azrul Akmal Saharudin berkata demikian susulan kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Rashid Abdul Rahman kini berani mengkritik kerajaan kerana 'adalah benda dia tidak dapat'.

Rashid baru-baru ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti 'menipu' rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu berbangkit dalam negara ini.

Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh.“Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.“

Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara),” katanya.Susulan itu, Zahid berkata, Rashid berkata demikian kerana ada 'benda' yang dia tidak dapat.

Azrul Akmal berkata ini adalah bukti jelas serta pengesahan daripada seorang pemimpin tertinggi parti memerintah berjawatan menteri yang menunjukkan kegusaran rakyat ramai bekas penjawat awam berjawatan tinggi yang mendambakan 'benda'.

Beliau berkata, contohnya ialah projek besar, kedudukan dan menjadi pengarah syarikat milik kerajaan adalah berasas dan memerlukan tindakan tegas dan berkesan daripada kerajaan.

Bekas Pengerusi SPR Buat Onar Lagi

Katanya, kenyataan Zahid itu perlu diambil serius kerana ia menimbulkan tanda soal yang besar ke atas integriti bekas penjawat awam kanan."Perkasa menggesa kerajaan mewajibkan semua bekas penjawat awam kanan mengisytiharkan aset mereka bagi membersihkan nama," katanya.

Beliau berkata, amat menggusarkan apabila rakyat difahamkan ada bekas penjawat awam berpangkat tinggi menggunakan kedudukan serta pengaruh mereka mendapatkan projek besar serta geran daripada kerajaan untuk ahli keluarga mereka.Ada di antara mereka pula mengatur penganti jawatan mereka supaya senang meminta 'benda' seperti kenyataan Zahid Hamidi, katanya.

Beliau berkata, apabila Zahid mengeluarkan kenyataan mungkin Rashid menjadi berani menegur kerajaan kerana beliau tidak mendapat 'benda', ia adalah manifestasi Rashid berintegriti dan tidak menyalahgunakan kedudukannya. 

“Sebab itu beliau boleh mengkritik kerajaan dengan beraninya kerana sesekali tidak mendambakan 'benda'."Dan mungkin juga boleh disimpulkan daripada kenyataan Zahid, mengkritik kerana merajuk dek tidak mendapat 'benda' adalah budaya yang membarah dalam Umno," katanya. ~malaysian insider



Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...