Thursday, 18 December 2014

Amaran Banjir Besar Di Kelantan?


Penduduk Kelantan diberikan amaran banjir besar mungkin melanda negeri itu melebihi banjir besar 2007 apabila paras air di hulu Sungai Golok sudah melebih 2 meter di atas paras bahaya.

"Air masih terus naik dengan cepat dan mungkin akan lebih teruk daripada 2007," kata seorang saksi di Rantau Panjang.

Banjir yang melanda Pasir Puteh juga dianggap paling teruk sejak 20 tahun lalu apabila hampir keseluruhan bandarnya sudah ditenggelami air.

Timbalan presiden R, sebuah NGO yang memperjuangkan hak royalti untuk Kelantan, Abdul Shakur Sharrie berkata, bandar Pasir Puteh paling teruk dilandar banjir sejak 20 tahun lalu.

Pagi ini, portal banjir Kelantan melaporkan, keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat daripada 2,084 orang malam tadi kepada 3,811 mangsa pagi ini.

Amaran Banjir Besar Di Kelantan?

Semua mangsa kini ditempatkan di 51 pusat pemindahan di 7 jajahan iaitu Jeli, Kota Baru, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai, dengan Kota Baru menjadi kawasan terbaru dilanda banjir.

Menurut Berita Harian, setakat 8 pagi ini, paras air di 6 sungai kini berada di tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Jenob di Tanah Merah merekodkan bacaan 23.92 meter (bahaya 23.50) manakala Sungai Golok di Rantau Panjang 10.79 meter (bahaya 9 meter).

Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Baru kini mencecah paras bahaya iaitu 5.10 meter (bahaya 5.00), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 26.56 meter (bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah merekodkan bacaan 17.79 (bahaya 16.00).

Paras air Sungai Lebir di Gua Musang pula merekodkan bacaan 36.10 (bahaya 35.00). ~malaysian insider




Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...