Tuesday, 16 December 2014

Akhirnya.. Bekas Ahli Parlimen Pecah Tembelang BN Sendiri


Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar), bekas ahli Parlimen Batu Pahat daripada Barisan Nasional (BN), meyakinkannya untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR), 4 hari selepas 16 September, 2008 berakhir, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Puad, saksi pembela dalam kes saman fitnah RM100 juta Anwar terhadap Datuk Seri Anifah Aman, dalam keterangannya berkata, Anwar memberitahunya dalam perbualan telefon yang '16 September' pasti akan jadi kerana PR sudah mempunyai bilangan cukup, cuma memerlukan seorang lagi ahli Parlimen Melayu dari Johor sepertinya.

"Plaintif (Anwar) juga menyatakan dengan nada yang meyakinkan 4 sultan bersetuju dan menyatakan sokongan kepada PR untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Persekutuan. Antara negeri yang disebut ialah Perlis, Perak, Terengganu dan Selangor,” kata Puad.

Puad, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua bahagian Umno Batu Pahat berkata, Anwar meyakinkannya yang agenda Melayu akan dilindungi sekiranya beliau menjadi perdana menteri.
Tetapi, Puad berkata beliau gementar dengan saranan yang diterimanya itu dan memberitahu Anwar beliau khuatir akan menimbulkan kemurkaan sultan.

"Kemudiannya, saya memberitahu plaintif saya hendak pulang ke rumah dan melakukan solat istikharah. Perbualan saya dan plaintif terhenti setakat itu," katanya, merujuk kepada sembahyang sunat memohon petunjuk Allah ketika membuat pilihan. ~malaysian insider


Addin :

Jikalau dilihat dari sisi yang berbeza.. sebenarnya bekas ahli parlimen pecah tembelang BN. Sebelum ini BN menafikan pemergian 49 ahli parlimen mereka kerana ada kaitan dengan usaha menghalang Pakatan Rakyat daripada menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 Sept 2008. Baca di sini dan di sini.




Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...