Monday, 24 November 2014

Zahid Hamidi Sindir Siapa Pulak Ni?


Jawatan dalam parti bukan milik selamanya mana-mana keturunan, sebaliknya peluang harus diberikan kepada golongan muda mengambil alih tanggungjawab tersebut, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Mengulas gesaan bagi menjayakan proses peremajaan parti, naib presiden Umno itu berkata tanggapan mengatakan sesuatu jawatan yang disandang untuk selama-lamanya sudah berlalu kerana ia bukan kekal bagi satu legasi sahaja.

"Kita bukanlah 'warlord' yang menganggap jawatan dalam parti itu kepunyaan kita dan harus dimiliki keturunan kita atau terus dipegang oleh kita," kata Zahid Hamidi semasa sidang media selepas menghadiri program anjuran Lembaga Penapisan Filem (LPF) di Putrajaya.

Beliau menggesa pemimpin yang sudah terlalu lama berada dalam Umno supaya memberi laluan kepada generasi baru sebelum mereka sendiri yang diundurkan.

"Bila tiba masanya, bila dapat isyarat yang kita tidak lagi dikehendaki, maka cara terbaik ialah mengundur diri sebelum kita diundurkan," katanya.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menjelang Perhimpunan Agung Umno minggu depan menggesa golongan muda diberi peluang menyertai barisan kepimpinan Umno bagi meremajakan parti.

Najib berkata golongan muda perlu diberi panduan dan bimbingan memimpin supaya Umno dilihat sebagai sebuah parti yang inklusif, moden, progresif serta dinamik.

"Kalau mahu teruskan kekuasaan, kita mesti lakukan peremajaan pada parti dan mesti cari kepimpinan yang boleh dianggap sebagai ada kemampuan," katanya.

Zahid Hamidi sementara itu berkata, Umno ketika ini sedang menimbangkan mengubah perlembagaan parti bagi membuka peluang kepada golongan muda terus menyertai parti Melayu tersebut tanpa perlu melalui cawangan atau bahagian di negeri-negeri.

Pengkritik sebelum ini menyifatkan proses peremajaan Umno gagal kerana sering disekat pemimpin lama di peringkat cawangan dan bahagian. ~malaysian insider





Iklan B (ii)







1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...