Thursday, 20 November 2014

Sultan Pahang Akan Pukul Individu Kemuka Surat Kuning

sultan pahang

CAMERON HIGHLANDS: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan semua penerokaan tanah secara haram untuk aktiviti pertanian di seluruh daerah ini dihentikan serta merta.

Baginda turut menitahkan supaya tindakan tegas diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam membiarkan perkara itu berlarutan.

"Sila hentikan aktiviti ini (penerokaan tanah secara haram) secepat mungkin.

"Mereka ini melanggar undang-undang bahkan mereka juga yang bertanggungjawab terhadap segala kemusnahan yang berlaku di Cameron Highlands," titah baginda kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Terdahulu baginda melawat kawasan yang terjejas banjir lumpur dan tanah runtuh di Lembah Bertam di sini.

Baginda turut kesal dengan tindakan peneroka haram yang mengupah samseng bagi memastikan kerja penerokaan mereka tidak diganggu oleh sesiapa hingga menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

sultan pahang

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menegaskan bahawa baginda tidak tahu menahu mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di Cameron Highlands.

Ditanya mengenai perkara itu baginda bertitah: "Jika ada yang mengemukakan surat kuning terbabit guna nama istana, saya sendiri akan pukul dia, saya nasihatkan jangan percaya".

"Semak dahulu dengan kerajaan negeri, mereka jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya akan bagi cukup-cukup," titah baginda. ~berita harian




Iklan B (ii)







2 comments:

  1. Hahahahaha..... lawak siot..... Macam la orang Pahang semua tarak tau..... Hahahaha

    Ini semua "open secret" punya wayang..... Hahaha

    ReplyDelete
  2. sepatutnyer menteri besar yang keluarkan arahan macam ni, tak perlu tunggu sultan

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...