Saturday, 29 November 2014

Selepas Adnan Yaakob, Menteri Ini Pula Dibelasah Utusan


Utusan Malaysia hari ini mendakwa Datuk Ahmad Maslan merupakan ketua penerangan Umno paling lemah ekoran terdapat program yang dilaksanakannya lebih berupa syok sendiri. 

Pengarang akhbar berkenaan Zulkifli Jalil berkata, tanggapan itu diutarakan selepas terdapat pihak tertentu yang mendakwa Ahmad lesu dan tidak mencapai matlamat apabila penjelasan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kurang menyerlah dan difahami rakyat.

"Soksek-soksek mengatakan Biro Penerangan Umno diketuai Datuk Ahmad Maslan lesu hinggap di telinga penulis setahun dua ini. Kata ‘mereka’ dalam parti terutama bahagian, program penerangan lebih berupa ‘syok sendiri’," tulis Zulkifli dalam rencana bertajuk "Syok sendiri? Ketua Penerangan Umno paling lemah?" yang disiarkan akhbar milik Umno itu hari ini. 

Tidak mencapai matlamat seperti mana diharapkan. Antaranya penjelasan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan beberapa bulan lagi ini (April 2015) - kurang menyerlah dan difahami rakyat. Ini sehinggakan ada tanggapan dilontarkan beliau ‘ketua penerangan Umno yang paling lemah’,” katanya.

Zukifli berkata, apabila beliau membangkitkan perkara ini kepada Ahmad Maslan, ahli Parlimen Pontian itu tidak begitu selesa dengannya.“Diajukan soksek-soksek begitu ketika ditemui penulis sebelum perbahasan ucapan dasar presiden berhenti rehat untuk solat Jumaat, Ahmad kelihatan kurang selesa dan sekadar menyambutnya: 'Tak payah sebutlah'.

“Bagaimanapun, beliau akui keberanian perwakilan Umno menegur pemimpin dalam Perhimpunan Agung parti kali ini agak `lebih’ berbanding tahun lalu. Mereka berani menegur dengan lantang, sambil Ahmad mengenal pasti wakil dari Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Melaka yang berbuat demikian," katanya seperti dilaporkan akhbar itu hari ini.

Zulkifli berkata, mengulas mengenai cadangan perwakilan Rembau yang mahu Biro Penerangan Umno mengadakan lebih banyak program di kawasan itu, Ahmad berkata kawasan berkenaan sudah diwakili pemimpin parti.Katanya, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Mohamad Hasan adalah ketua bahagian itu manakala Khairy Jamaluddin adalah timbalannya.

“Kita (Biro Penerangan) ada 4,500 program di seluruh 222 kawasan Parlimen, iaitu program paling banyak dalam sejarah Malaysia dan biro penerangan yang paling aktif dalam Umno,” kata Ahmad kepada akhbar itu.Ahmad yang juga timbalan menteri kewangan berkata, biro penerangan Umno mengadakan empat ceramah di setiap kawasan Parlimen bagi memberi penerangan mengenai GST.

Katanya, biro berkenaan sudah mencapai 70% dalam sasaran memberikan 888 ceramah di setiap bahagian Parlimen.“Masalahnya kita dalam zaman IT ini segala maklumat di hujung jari, sekarang orang dah masuk aplikasi IT, tapi kita (biro) tetap turun padang juga.“Saya tahu kadangkala ada dasar kerajaan kita tidak ada penjelasan diberi kepada rakyat. 

Sudah 5,300 program penjelasan GST dibuat setakat ini tapi kita masih usahakan lagi.“Tak sampai (matlamat)? Mungkin kerana dia dok (duduk) di rumah. Kalau tv kita tak tengok, radio tak dengar, kita sediakan masuk dalam Internet pun orang tak cari, orang macam ini kita ketepikan saja," kata Ahmad seperti dilaporkan Utusan Malaysia. ~malaysian insider





Iklan B (ii)







1 comment:

  1. dia ada peruntukan rm250 juta bagi menerangkan gst. dok bagi penerangan tapi orang ramai masih tak faham. ada yg tak kena ni. dia pernah berkata bila gst dilaksanakan, ada jenis barang2 akan turun harga tapi tak bagitau barang2 apa. memang syiok sendiri dia.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...