Friday, 21 November 2014

Rahsia Najib Dibongkar Lagi..

najib

KUALA LUMPUR 20 NOV: Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai keinginan membantu rakyat Sabah dan Sarawak apabila memotong subsidi makanan asas untuk mereka sehingga 60 peratus, kata Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking.

Menurutnya, dalam Belanjawan 2015 lalu, kerajaan memotong subsidi makanan seperti minyak masak, gula dan tepung di negeri berkenaan yang diperoleh menerusi program 1Malaysia 1Harga.

“Pemotongan yang banyak iaitu sebanyak 60 peratus dalam bajet jelas menunjukkan pentadbiran Najib iaitu BN tidak mementingkan rakyat di Sabah dan Sarawak.

“Program 1Malaysia 1Harga perlu memastikan harga subsidi bagi barangan gula, tepung dan minyak masak di Sabah dan Sarawak adalah sama harga dengan di semenanjung Malaysia,” katanya.

Menurut Darell, peruntukan di Sabah dan Sarawak diturunkan secara drastik iaitu RM33 juta berbanding peruntukan pada 2014 sebanyak RM85 juta.

“Ini menyaksikan pemotongan RM52 juta dan penurunan 60 peratus daripada peruntukan tahun sebelumnya,” katanya ketika sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Darell juga berkata, menteri memberi alasan tidak masuk akal bahawa pemotongan dalam bajet tersebut disebabkan penurunan dalam permintaan keperluan minyak masak di Sabah dan Sarawak.

“Jawapan ini adalah tidak masuk akal kerana subsidi minyak masak adalah sangat tinggi untuk 2014 iaitu kira-kira RM60 juta,” ujarnya.

Sebelum ini Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna menyatakan bahawa untuk bajet tahun 2015 pecahan subsidi untuk gula RM14.2 billion, tepung RM3.72 dan minyak masak sebanyak RM15 million. ~keadilandaily




Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...