Friday, 14 November 2014

Rahsia Kampung Chubadak Akhirnya Terbongkar


Pemuda PAS mendakwa para pemimpin Umno yang mengkhianati penduduk Kampung Chubadak, Sentul, sehingga tanah mereka diserahkan kepada pemaju.

Sehubungan itu, ketuanya Suhaizan Kaiat mendesak pemimpin Umno memberi penjelasan mengapa mereka bertindak begitu.

"Saya hendak satu jawapan daripada pemimpin Umno, kenapa mereka khianat jual tanah Kampung Chubadak kepada pemaju?

"Bukankah mereka kononnya pejuang Melayu tulen?" kata Suhaizan melalui Facebooknya yang kemudiannya dihantar kepada The Malaysian Insider.

Suhaizan mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang memutuskan penduduk Kampung Chubadak bukannya setinggan tetapi pemegang lesen dan ekuiti tanah yang mereka duduki dan berhak diberikan pampasan sewajarnya.

Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar Mahkamah Tinggi membicarakan tuntutan pampasan mereka semula berdasarkan akuan yang dibuatnya.

Keputusan dibuat Datuk Abdul Aziz Rahim bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini.

Kes tersebut diarahkan untuk didengar semula di Mahkamah Tinggi pada 24 November ini.

31 penduduk Kampung Chubadak membuat rayuan semalam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan writ saman penduduk kampung itu pada 1 Julai lalu.

Mereka menyaman Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pemaju tanah itu Sentul Murni Sdn Bhd.

Kampung Chubadak, Sentul mula dibuka sejak 50 tahun lalu oleh peneroka bandar yang masuk ke Kuala Lumpur serentak dengan Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Kira-kira 160 keluarga tinggal di kampung itu yang terletak hanya 5km dari pusat bandar dan sedang dihimpit arus pembangunan.

Sejak 12 tahun lalu, masalah mula timbul apabila pemaju mahu membangunkan kampung itu selepas kawasan sekelilingnya sudah pesat membangun.

Pada 1996, kampung itu dikejutkan dengan berita DBKL membenarkan pihak pemaju membina blok apartmen di kawasan kampung mereka.

Natijahnya, apabila bantahan dibuat, ramai antara mereka terpaksa bermalam di lokap polis kerana cuba mempertahankan kampung dan tapak rumah mereka. ~malaysian insider




Iklan C (ii)







1 comment:

  1. rocky the great brown unused dick says: status setinggan tu satu hal, tapi kenapa tak melalak melolong guna alas an penduduk dah menetap sejak 100 tahun dulu? (macam alas an yang diguna di Kg Buah Pala, Kg Railway,Ipoh & Kg Sentul Railway) alih2 yang guna alas an "menetap 100 tahun" dapat sorang sebijik (padahal "100 tahun" tu memang boley dipertikai). Lagi satu, mana kejadah GLC & syarikat2 melayu yang banyak duit? Mana UDA? Mana emkay ke Naza ke ? takkan suma Tanah WPKL nak bagi kat YTL? Pejuang2 melayu mana? Hassan Ali Ibrahim Ali mana? khaaarrkk tuih!!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...