Tuesday, 25 November 2014

Punca Udang Kara Dikecualikan GST Tersebar

udang kara

Ahli politik pembangkang hari ini mempersoalkan rasional pengecualian udang kara daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), sementara ubatan tertentu dan buku tidak berkadar sifar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai (PKR) Nurul Izzah Anwar berkata apabila GST dilaksanakan pada April depan, pesakit di pusat jagaan kesihatan swasta yang memerlukan bantuan perubatan seperti tongkat ketiak, kerusi roda, anggota badan palsu dan alat bantu pendengaran, akan dikenakan GST.

Terdapat juga ubat-ubatan yang digunakan untuk merawak pesakit kanser, penyakit berkaitan buah pinggang dan HIV yang tidak dikecualikan daripada cukai itu.

“Kerajaan mengecualikan udang kara daripada GST kerana mereka ada projek di mana mereka sebenarnya membela udang itu di Sabah.

“Maka berlaku pengasingan di antara rakyat biasa di negara ini dengan kepentingan kerajaan,” katanya, menambah beliau dan penduduk kawasannya tidak makan udang kara setiap hari. ~malaysian insider




Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...