Friday, 21 November 2014

Penyokong Umno BN Pasti Gembira Dengan Berita Ini


Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal berkuatkuasa 1 Disember ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, kaedah berkenaan adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 yang dilaksanakan sejak Julai 2010.

Menurutnya, ini bermakna subsidi bagi RON95 dan diesel akan dihapuskan.

"Harga runcit produk petroleum di negara ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatic (APM) sejak 1983.

"Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, melalui pengapungan terkawal itu, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. ~hmetro




Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...