Sunday, 23 November 2014

Pemimpin Umno Ini Buat Kejutan Tidak Diduga.. Saksikanlah


Pemimpin Umno Ini Buat Kejutan Tidak Diduga. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak menghantar surat tuntutan guaman kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, susulan artikel yang mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan?" dalam akhbar tersebut.

Tuntutan bertarikh 18 November 2014 tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta.

Perkara itu didedahkan dalam ruangan kolum Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini.

"Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah," kata Awang Selamat yang dipetik dalam artikel pendek itu.

Pada 9 November lalu, Utusan Malaysia membidas Adnan Yaakob apabila menghina akhbar itu kerana berang dengan laporan mengenai kebanjiran 30,000 warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.

Awang mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata Adnan Yaakob sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak dapat menerima kritikan.

"Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri.

"Ulat pun disangka ular. Beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan.

"Ada laporan lebih panas melibatkan negeri lain tetapi menteri besarnya tidak melatah," kata Awang Selamat mengkritik Adnan.

Pemimpin Umno Ini Buat Kejutan Tidak Diduga. Awang dalam tulisannya turut memberi amaran sudah tiba masanya Adnan Yaakob yang menjadi menteri besar sejak 1999 itu berundur dari jawatannya.

"Walaupun Adnan berjasa kepada negeri itu, tetapi ramai merasakan Pahang tidaklah sehebat mana di bawah pentadbirannya sejak 1999. Tiada faktor 'wow' yang boleh menjadi kebanggaan negeri.

"Isu kelemahan dan kepincangan tertentu di bawah pentadbiran beliau juga jadi bahan bualan. Ingatlah kebanyakan kita ada pekung. Mengata orang tetapi gagal cermin prestasi sendiri," katanya. ~malaysian insider




Iklan B (ii)







6 comments:

  1. jom pegang pegang tangan bukan muhrim...

    ReplyDelete
  2. Lantak koomee lah!
    Samam jee biar teburai koomee.

    ReplyDelete
  3. lepas ni selesai luar mahkamah. habis cerita. senjaga untuk elak dari malu. biasa standard umno

    ReplyDelete
  4. Salam..jgn tak salam. Suami2 tu tu tngok saja ler...janji dpt salam dgn org besar kat dunia

    ReplyDelete
  5. Penegahan bersalam tangan dgn bukan mahram tidak diendahkan. Yg lebih berat lagi seperti larangan berzina, risyuah, berbohong juga tidak dipedulikan. Mungkinkah mereka akan terkesan dgn sindiran2 ? Namun menegur orang2 mungkar wajib diteruskan. Syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...tak perlu tegur...tu kan dah jadi budaya Umno.......

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...