Tuesday, 25 November 2014

Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya


Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan JAKIM yang menyekat aktiviti dakwah ulama terkenal, Sheikh Nuruddin Al Banjari.

Presiden ASWAJA, Zamihan Mat Zain berkata, beliau merupakan salah satu ulama. Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan sekatan itu dipercayai dibuat apabila ada pihak tertentu mendakwa beliau memberi kenyataan berbaur politik dan cuba menjejaskan keharmonian umat Islam di negara ini.

"Sheikh Nuruddin Al Banjari merupakan seorang tokoh ulama ASWJ tulen yang memiliki ketinggian ilmu dan diperakui kesolehannya di rantau nusantara.

"Justeru, tindakan menyingkirkan beliau merupakan komplot terancang yang diatur oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Ini kerana kemungkinan mereka merasa bimbang penegasan dan teguran yg dilakukan Sheikh Nuruddin Al Banjari terhadap isu-isu yang bertentangan dengan dasar akidah dan syariah boleh menggugat kredibiliti mereka," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zamihan, sewajarnya pihak JAKIM mengadakan perbincangan dengan Sheikh Nuruddin  Al Banjari terlebih dahulu sebelum mengeluarkan perintah larangan.

"Perbincangan harmoni dari hati ke hati pastinya memberi ruang dan peluang kepada kedua pihak untuk menghasilkan solusi terbaik demi Islam dan kepentingan umatnya.

"Sekaligus berupaya untuk mengelakkan fitnah terhadap Sheikh Nuruddin Al Banjari dan agensi agama di negara ini," katanya.

ASWAJA juga kesal mengapa pihak JAKIM begitu cepat bertindak terhadap tuduhan sebegitu terhadap tokoh ASWJ sedangkan amat perlahan pula untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran fahaman bertentangan dengan ASWJ seperti Wahhabi, Syiah dan lain-lain ajaran sesat.

"ASWAJA yang berpegang teguh kepada akidah ASWJ akan terus membela dan mempertahankan tokoh Islam nusantara itu dan berharap NGO Islam lain juga turut sama menyokong beliau dalam usaha menyebarkan dakwah demi survival umat Islam di Malaysia dan nusantara. ~malaysia gazzette



Addin:

Apa bukti JAKIM sehingga Sheikh Nuruddin Al Banjari diperlakukan sebegini? JAKIM bertindak untuk kepentingan agama atau kepentingan politik untuk parti pemerintah?




Iklan B (ii)






13 comments:

  1. bukan kepentingan pemerintah lah addin...tapi kepentingan parti pembangkang...entah2 semua ustaz dalam JAKIM tu orang LGE dan Mat sabun tak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 1249, are u OK? atau kepala kau dah masuk air?

      Delete
  2. Walaupun saya belum mempunyai ilmu yang dalam dalam bab2 agama, tapi pada pandangan mata hati saya, sepatutnya pihak JAKIM dan tuan guru Sheikh Nuruddin duduk semeja dan berbincang.. saya pernah hadir ceramah beliau dan ilmu yang disampaikan tiadalah mengandungi apa2 yang diwar2kan, disebarkan oleh pihak2 tertentu.. apa yang baik datang dari Allah dan segala keburukan adalah dari manusia itu sendiri termasuk saya.

    ReplyDelete
  3. Jakim munkin mengikut fahaman wahabi kot, tu yang dia sekat ASWJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubati kejahilan kamu dengan membaca bukan memfitnah orang sebagai wahabi.

      Delete
  4. Ayat mudah, selagi mana ilmu Islam yg diajar atau disampaikan oleh seseorang, tiada dlm kamus JAKIM or MAJLIS Agama diMalaysia ni, dicop sesat. Silalah baca dan fahami ayat penghujung surah Kahfi.

    ReplyDelete
  5. Tapi yang pastinya ASWAJA Zamihan adalah puak Ahbash yang suka sesatkan dan kafirkan orang lain yang tak sealiran dengannya.

    ReplyDelete
  6. Kenapa pendokong Wahabi terasa?

    Boss Jakim bukan Wahabi?

    ReplyDelete
  7. Semoga Ustaz Syeikh Nuruddin aman dan teruskan usaha dakwah islam walaupun dimana Syeikh berada..

    ReplyDelete
  8. Saya sangat tidak bersetuju dgn syeikh nuruddin

    ReplyDelete
  9. Ok je ceramah syeikh nuruddin hamba suka. bgi saja soalan apa pun insyaAllah syeikh nuruddin dpt jawab dngan tnang n tegas.jawapan pon mantap tepat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...