Wednesday, 19 November 2014

Patutlah KD Perantau Tenggelam.. Ini Sebabnya?

KD Perantau Tenggelam

SHAH ALAM - KD Perantau, kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hampir tenggelam ketika menjalani selenggaraan refit di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS), Lumut, Perak malam tadi.

TLDM dalam kenyataannya hari ini berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.17 malam tadi dan usaha menyelamatkan kapal terbabit sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) dengan bantuan TLDM.

"Tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku," katanya TLDM dalam kenyataannya, hari ini.

Kapal itu merupakan kapal hidrografi yang dibina di Limbungan Hong Leong- Lursen, Pulau Pinang dan ditauliahkan pada 12 Oktober 1998.

KD Perantau itu juga telah diserahkan kepada BNSSB untuk menjalani rutin kerja-kerja selenggaraan pasang pulih (refit) mulai 10 November lalu.

Kapal terbabit dijangka siap dan diserah kembali ke TLDM pada 10 Ogos tahun depan.

Dalam pada itu, hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor, pam dan peralatan pengukuran telah dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian berlaku.

"Ia adalah sebagai prosedur apabila kapal menjalani refit," katanya kenyataan itu.

Sehubungan itu, sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian. ~sinar harian

KD Perantau Tenggelam

KD Perantau Tenggelam

KD Perantau Tenggelam

KD Perantau Tenggelam





Iklan B (ii)







2 comments:

  1. Tak apa. Boleh beli yg baru...bagi beberapa org untung komisen lagi. Kita kan baik hati.

    ReplyDelete
  2. Inilah akibatnya bila TLDM diterajui oleh seorang PTL yang percayakan bomoh. Bala datang bertimpa-timpa. Aziz Jaafar pemegang rekod PTL paling banyak menjahanamkan kapal. Sekurang-kurangnya lima petaka besar dialui TLDM sepanjang pemerintahannya. KD JEBAT berlanggar dgn kapal dagang, KD SRI INDERAPURA terbakar dan tengelam, KD PARI tengelam, KD MUTIARA terbakar dan terkini KD PERANTAU tenggelam...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...