Wednesday, 12 November 2014

Niat Jahat SPR Terbongkar Lagi


BERSIH 2.0 mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menjalankan proses persempadanan semula pada musim perayaan yang akan datang.

Jawatankuasa pemandu gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu mengingatkan bahawa 25 Disember merupakan cuti Krismas, diikuti sambutan tahun baru pada 1 Januari dan tahun baru Cina pada Februari.

“Jelas bahawa sekiranya persempadanan dijalankan ketika tempoh-tempoh ini, ia akan mengganggu penglibatan pengundi, dan SPR akan dilihat sebagai berniat jahat dalam menafikan penyertaan umum,” kata BERSIH.

BERSIH juga berkata, dalam keadaan begitu, SPR mesti menanggung tanggungjawab bagi “apa-apa pergolakan politik” yang terhasil.

Dalam kenyataannya hari ini, BERSIH juga memberi amaran kepada SPR agar tidak menjalankan persempadanan semula secara tergesa-gesa.

Ini kerana, kata gabungan itu, proses itu akan memberi kesan dalam penentuan keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

“ Demokrasi bukannya permainan untuk mengejutkan pihak yang bukan berkuasa.,” kata BERSIH.

Sementara itu, BERSIH juga berkata SPR, yang didakwanya selama ini gagal melaksanakan tugasnya, kini berpeluang memperbaikinya dengan tidak menjadikan tarikh proses itu permainan teka-teki.

BERSIH juga mengulangi seruannya supaya SPR mengumumkan rancangan keseluruhan bagi persempadanan semula seawal mungkin.

Katanya, ia supaya orang awam digalakkan menyertai proses itu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Keterbukaan SPR dalam hal ini menjadi amat penting memandangkan orang ramai hanya mempunyai 30 hari di bawah undang-undang yang sedia ada untuk mengambil bahagian dalam proses ini, walhal mereka sepatutnya diberi sebanyak masa yang mungkin untuk meneliti cadangan SPR yang akan memberi kesan terhadap keputusan PRU14 dan PRU15,” katanya. ~malaysiakini




Iklan C (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...