Friday, 28 November 2014

Berita Gempar Yang Disembunyikan Oleh TV3, RTM, Utusan Dan Berita Harian


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berubah fikiran setelah berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan sebelum ini, kata bekas anggota kabinet Tan Sri Zainuddin Maidin.

Zainuddin Maidin yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu berkata, pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat esok.

“Bagaimanapun Najib Razak tidak akan mengembalikan ISA ( Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang dihapuskannya, yang disifatkan oleh mantan ketua hakim negara Tun Abd Hamid Mohamad sebagai perbuatan bodoh,” katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Zainuddin berkata, Najib Razak membuat keputusan itu berikutan bantahan dan tekanan yang semakin kuat dan keras daripada dalam Umno menjelang perhimpunan agung parti itu esok.

Ia, katanya, dibuat dengan mengambil kira hasrat Umno bahagian-bahagian di seluruh negara yang kini nekad untuk menentang hasrat itu. 

Malah, tambahnya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam ucapannya kepada perwakilan Pemuda memberi amaran Malaysia akan hancur tanpa akta itu dan ia disokong kuat Wanita Umno.~malaysiakini



Iklan B (ii)






3 comments:

  1. Jangan haraplah org muda yg bijak akan masuk umno.
    Mana ada orang muda yang bijak suka akta hasutan?

    ReplyDelete
  2. AG kata brahemm katak tak ada niat. Jadi tak boleh dakwa

    ReplyDelete
  3. Akta hasutan itu tak salah kalu nak kekalkan. Tapi masalah besar yang timbul ialah akta ini macam tidak terpakai utk org ameno

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...