Friday, 21 November 2014

Memalukan!! Media Antarabangsa Dedah Wajah Sebenar Umno?


Sebuah syarikat perlombongan China mendakwa telah membayar untuk ahli politik BN mendapatkan gelaran Datuk bagi memudahkan operasi lombongnya di Bukit Besi, Terengganu.

Li Yang, ketua eksekutif CAA Resources, memberitahu New York Times (NYT), mendakwa dia telah membayar kira-kira AS$100,000 (RM336,501.90) bagi setiap ahli politik, yang mempunyai kepentingan tidak langsung dalam lombong itu.

Menurut laporan itu, Li, 27, yang merupakan anak lelaki hartawan besi di China, didakwa berbuat demikian sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk "membina hubungan" dengan ahli politik dan pihak kerabat.

"Jika kedua-duanya menyokong anda, maka anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu, kerana sumber asli semuanya dikawal oleh mereka," Li dipetik sebagai berkata.

Menurut akhbar itu lagi, Li juga dipetik sebagai berkata bahawa dia "hanya mengikuti amalan biasa di Malaysia".

Dalam reaksinya, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau tidak tahu mengenainya.

"Ini tak ada dalam makluman saya. Maaf," kata Ahmad Razif, yang juga bertanggung jawab atas sumber asli dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

NYT berkata CAA beroperasi di Malaysia selepas Beijing bulan lalu mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan piawaian mengenai hak-hak tenaga kerja, perlindungan alam sekitar dan hubungan masyarakat bagi industri itu.

Di Bukit Besi, kata laporan itu, CAA menghindari potensi isu-isu tenaga kerja dengan mengupah pekerja tanpa kesatuan dari Kemboja, Myanmar dan Vietnam.

Para pekerja, kata Li, bekerja mengikut sif 12 jam, tujuh hari seminggu dan dibayar berdasarkan berapa banyak perolehan lombong.

Para pekerja kolar putih, termasuk akauntan dan jurutera, dibawa dari China.

CAA juga menghindarkan daripada melakukan penilaian kesan alam sekitar dengan membahagikan lombong itu kepada dua, masing-masing berkeluasan kurang daripada 500 ekar.

Hanya lombong yang berkeluasan lebih besar daripada 500 hektar perlu dinilai untuk kesan alam sekitar.

Lombong Bukit Besi pernah menjadi lombong terbesar di dunia dan menjadi sumber bekalan untuk industri besi keluli Jepun semasa Perang Dunia II. Ia ditutup pada tahun 1971. ~malaysiakini




Iklan B (ii)







2 comments:

  1. Sekiranya benar, jijik sungguh pihak berkuasa Malaysia. Muruwah Dan harga diri dilihat layaknya bermukim DLM tong najis, busuk Dan berulat. Sekiranya tidak benar make NYT (NEW YORK TIMES?) hendaknya di saman malu olih pihak istana Dan krajaan Negri. INI sangat2 perlu lantaran Malaysia dihantui begitu banyak episod jelik brprofil tinggi di pringkat internasional maupun didlm negeri, sperti isteri anak raja lari ke Jawa, kegagalan membawa pembunuh Altatunya ke pengadilan, mengusung tilam naik turun mahkamah Dan kata2 para doktor yang tiada tusukkan berlaku Dan berbagai lagi. Inikah maksud ayat dihina didunia Dan di'azab diakhirot. SubHanAllah, aku berlindung dengan Mu

    ReplyDelete
  2. dan sesiapa yang bersekongkol dan menjadi penyokong kepada 'kedurjanaan' ini akan diseret sama menaggung azab yang disediakan Allah untuk mereka., di bumi malaysia (ni sajalah ) diorang boleh berkokok sebab semua pihak yang berkuasa di bawah 'sayap' mereka....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...