Monday, 24 November 2014

Kerajaan BN Kedah Hina Agong?.. Ikuti Pendedahan Ini


PETALING JAYA: PAS Kedah mendesak kerajaan Barisan Nasional agar mengambil sifat tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yang telah dipilih rakyat pada PRU13 lalu untuk menyelesaikan isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan sebijaknya.

Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah sebagai menafikan betapa pentingnya sektor pendidikan untuk pembangunan modal insan dan lebih mementingkan soal untung rugi sahaja.

HarakahDaily melaporkan, PAS Kedah mempertikai sikap kerajaan Barisan Nasional Kedah itu kerana berterusan menyalahkan Pakatan Rakyat dalam isu pembinaan Kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil.

Ini berikutan kenyataan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini yang mengatakan pembinaan kampus tersebut adalah kesilapan pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerajaan BN Kedah hina Agong?

Mahfuz dilaporkan berkata, perbuatan Kerajaan BN Kedah membangkit dan mempersoalkan pembinaan Insaniah ini samalah seperti mempersoal dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang telah merasmikan kampus Insaniah yang menjadi lambang kebanggaan Kedah itu pada 29 Januari 2013. 

Beliau seterusnya menegaskan, pelaburan pendidikan adalah bersifat menguntungkan untuk jangka masa panjang, maka atas aspirasi itu Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah ketika itu sanggup mengambil risiko bersusah payah untuk menaiktaraf kolej universiti tersebut. Sesungguhnya, pelaburan untuk pembangunan modal insan amatlah tidak ternilai harganya, ujarnya. ~free malaysia today





Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...