Thursday, 27 November 2014

Kejutan Najib Di Parlimen

\
Pembentangan Kertas Putih bagi menangani ancaman kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) oleh Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini mencetuskan perdebatan di kalangan ahli Parlimen apabila mereka membangkitkan "semangat" Isis perdana menteri dan sokongan terbuka menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap perjuangan kumpulan militan berkenaan.

Ketika sesi perbahasan Kertas Putih itu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Gelang Patah (DAP) Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berjenaka mengatakan Najib menggesa ahli Umno "meniru semangat" kumpulan militan berkenaan beberapa bulan lalu di Kuala Lumpur.

Kamaruddin berkata, Hadi sebaliknya jelas melarang ahli PAS daripada menyokong perjuangan Isis.

Kenyataan itu kemudiannya membuatkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bangun dan berkata menantu Hadi, Zaharuddin Muhammad secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Isis melalui laman media sosial miliknya.

"Menantu presiden PAS secara terbuka memuji tindakan Isis di media sosial. Dia gembira Isis menawan beberapa bandar di Iraq. Boleh semak di media sosial," kata Bung.

"Presiden PAS arah lain, menantu dia pula arah lain," katanya.

Najib Razak dalam satu jamuan makan malam Umno Cheras sebelum ini dilaporkan menggesa ahli parti mencontohi keberanian Isis dalam mengalahkan tentera Iraq walaupun dengan bilangan anggota lebih kecil.

“Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu cerita lain. Kumpulan Isis yang hanya mempunyai 1,300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, sehingga empat, lima jeneral bintang tiga terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri mereka, terjun tingkap pada waktu malam,” katanya.

Sementara Zaharuddin pula melalui laman Facebook beliau didakwa menyatakan sokongan terbuka kepada kumpulan militan itu.

"Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad. ~malaysian insider



Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...