Saturday, 29 November 2014

Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Terkini Pada 1 Disember


Harga petrol RON95, RON97 dan diesel terkini pada 1 Disember turun sebanyak 4 Sen dan 9 Sen mulai 1 Disember 2014. Seperti sedia maklum, subsidi bagi bahan api RON95 dan Diesel akan dihapuskan oleh kerajaan mulai 1.12.2014 dan mengikut sepenuhnya harga pasaran semasa. 

Menerusi pekeliling yang tersebar, harga runcut bagi RON95 akan turun sebanyak 4 Sen seliter menjadikan harga terkini RON95 adalah RM2.26 sen seliter berbanding RM2.30 seliter.

Manakala RON97 pula akan mencatat penurunan sebanyak 9 Sen Seliter menjadikan harga RON97 mulai 1 Disember 2014 adalah RM2.46 seliter berbanding RM2.55 Sen. 

Pada masa yang sama, Diesel pula mencatat kenaikan harga sebanyak 3 Sen seliter iaitu RM2.23 Seliter daripada RM2.20 seliter.

Harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel Terkini Pada 1 Disember

Harga petrol terkini bagi RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Disember 2014 adalah seperti berikut:
  • RON95 RM2.26 seliter - turun 4 sen seliter 
  • RON97 RM2.46 seliter - turun 9 sen seliter.
  • Diesel RM2.23 seliter - naik 3 sen seliter.





Iklan B (ii)







1 comment:

  1. Naik 20 seng, turung 4 seng...
    naik laju macam jet, turung slow macam sipot panjat pokok

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...