Tuesday, 18 November 2014

Harga Minyak Turun 20sen Mulai Tengah Malam Ini


Harga petrol RON97 diturunkan 20 sen daripada RM2.75 seliter kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman twitternya awal malam ini dan bersertakan surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan mengenai perkara berkenaan.

"RON97 turun 20 sen seliter drpd RM.75 kpd RM2.55 mulai tengah mlm ini,19 Nov," tulis beliau.

surat pekeliling
Surat pekeliling dari Kementerian Kewangan memaklumkan harga Ron97 diturunkan 20 sen mulai tengah malam ini





Pada September lepas harga RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.75 seliter. Harga RON97 memuncak pada RM3 seliter pada September tahun lepas.

Pada Oktober lalu, harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 seliter dalam usaha kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi. ~astro awani



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...