Saturday, 29 November 2014

Berita Ini Membuatkan Orang Umno Sakit Hati..


Sebagai doktor perubatan, Dr. Mohammad Nawar Ariffin dapat merasakan UMNO sekarang berada dalam keadaan sakit. Bagaimanapun, wakil dari Kedah itu berkata, walau di peringkat kronik sekali pun, UMNO masih ada peluang untuk diubati dan sembuh seperti sedia kala.

“Ada ubatnya untuk sembuhkan kesakitan yang dihadapi. Ubat itu ialah semua jentera UMNO dari tiga sayap kena menghayati matlamat dan perjuangan parti kemudian terjemahkan di peringkat akar umbi.

“Setiap penyakit ada ubat dan penawarnya, begitu juga UMNO. Parti ini boleh sembuh dengan suntikan semangat yang ditunjukkan oleh semua jentera,” katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyokong ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Dr. Mohammad Nawar berkata, beliau sedih dan kecewa dengan sikap lupa diri segelintir golongan profesional yang tidak berterima kasih kepada UMNO.

Katanya, mereka bergelar profesional dan bergaji puluhan ribu sebulan adalah hasil daripada perjuangan UMNO, tetapi apabila sudah berjaya, cepat lupa diri.

“Saya anak petani… ayah dan ibu saya bertungkus lumus membesarkan saya di bawah pemerintahan UMNO sehingga saya berjaya mendapat gelaran doktor pakar, tetapi saya tidak pernah walau sekali benci UMNO.

“Malah, saya terapkan rasa kasih sayang parti keramat UMNO ini dalam diri anak-anak saya, walaupun mereka masih kecil,” katanya. ~malaysia gazzette

Addin:

Adakah perwakilan ini bakal dipecat kerana ucapan pedasnya?



Iklan B (ii)






7 comments:

  1. Kah, kah, kah, gelak kat kau, macam lah UMNO yg pemberi rezeki. Tanpa UMNO Melayu bertambah kuat sbb tak perlu bergantung dgn subsidi2 dan mcm2 keistimewaan yg buat melayu terus lemah dan bertambah BODOH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pong.....nama jee dr pakar......tapi dok tahu apatu SIRIK.....aja anok pulok tu, meme sakik kronik

      Delete
    2. dia pakar penyakit....bukan pakar agama....itu pasal dia b********

      Delete
  2. Umno Perikatan dapat memerintah hasil dari darah dan airmata pejuang-pejuang yang menentang penjajah. Siapakah yg tak mengenang jasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pom...aku sentiasa mengenang jasa pejuang2 tanah air seperti Leftenen Adnan, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan yang seangkatan dengannya. Mereka ni pejuang yang tak merembat duit rakyat untuk diri, keluarga, anak dan kroni. Mereka juga bukan berjuang untuk membeli lembu di kondo, membeli kilang arak, membeli cencen dan seangkatan dengannya. Anak isteri mereka juga bukan duduk di istana puterajaya mahupun menaiki jet kerajaan untuk keluar negara. Atas alasan itulah, saya sentiasa mengenang jasa pejuang2 tanah air terdahulu itu.

      Delete
  3. Umno bagi aku apa?
    beras? susu anak? br1m? PTPTN?
    aku beli dari duit titik peluh aku..bukan duit umno!
    duit umno sesen pun aku tak ambik.
    untuk apa pulak aku nak mengenang jasa umno?

    ReplyDelete
  4. Umno pandai berlakun wayang kulit

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...