Saturday, 1 November 2014

Berita Mengejutkan.. Najib Tidak Sedarkan Diri


Datuk Seri Najib Razak tidak menghiraukan popularitinya jatuh dalam tinjauan terbaru Merdeka Center baru-baru ini, sebaliknya menyifatkan Pakatan Rakyat (PR) lebih bercelaru daripada Barisan Nasional (BN).

Perdana menteri berkata, kemenangan dalam dua pilihan raya kecil, Teluk Intan dan Pengkalan Kubor yang dimenangi BN merupakan bukti sokongan kepada parti pemerintah semakin pulih.

"Dari segi politik, kejayaan kita dalam pilihan raya kecil, kita berharap kejayaan tersebut boleh jadi kepada kita untuk buat persediaan lebih rapi dalam menghadapi cabaran pilihan raya akan datang," kata Najib selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN di PWTC malam tadi.

Najib juga menggesa supaya parti dalam BN memperkukuhkan kedudukan masing-masing.

"Kita perlu lihat soal dalaman, perkukuhkan parti masing-masing dan tunjuk komitmen untuk pastikan kejayaan BN," katanya.

Mengenai penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk memperbaiki prestasi BN, Najib berkata keadaan pembangkang lebih bercelaru berbanding situasi yang dihadapi mereka.

"Kita boleh tingkatkan lagi kerjasama, tetapi kita lihat keadaan parti pembangkang lebih bercelaru daripada BN," katanya.

PR sebelum ini bergelut dalam kebuntuan menteri besar Selangor yang menyaksikan perbezaan pendapat antara PKR, DAP dan PAS, sekaligus mengeruhkan hubungan antara parti gabungan yang ditubuhkan pada 2008 itu.

Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor juga dianggap pengkritik sebagai kayu pengukur, sejauh mana perpecahan PR, di mana PAS tewas dan tiada pemimpin PKR dan DAP yang turun berkempen.

Bagaimanapun, Najib menyeru supaya hubungan sesama parti komponen BN dieratkan menerusi program bersama dan persefahaman diperkukuhkan di antara parti.

"Walaupun begitu, kita boleh pastikan kerjasama itu dieratkan lagi melalui program bersama dan persefahaman dengan gagasan.

"Kalau gagasan itu tunjuk pimpinan yang positif, anak buah di bawah kita lebih faham apa yang kita lakukan," katanya.

Merdeka Center baru-baru ini melaporkan sokongan terhadap Najib merosot 6% kepada 48% bulan ini hasil kaji selidik yang terakhir dilakukan pada Ogos, mengatakan rasa tidak puas hati tersebut kemungkinan besar akibat pemotongan subsidi bahan api.

Najib mendapat 54% rating persetujuan pada Ogos, selepas mengambil alih operasi memulihkan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, kotak hitam dan mangsa ketika pesawat syarikat itu ditembak jatuh di Ukraine pada Julai.

"Pada pandangan kami, penurunan dalam angka kedudukan itu mungkin akibat daripada langkah pengurangan subsidi bahan api pada 2 Oktober 2014," kata Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian dalam satu kenyataan pada Khamis. ~malaysian insider



Addin:

Najib tak sedar yang rakyat makin tolak BN..



Iklan C (ii)







1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...