Saturday, 15 November 2014

Gambar Pesawat Pejuang Tembak MH17 Didedahkan

mh17

Media Rusia mendedahkan gambar sebuah pesawat pejuang yang didakwa milik Ukraine telah melepaskan tembakan ke arah pesawat awam Penerbangan Malaysia MAS), MH17 pada Julai.

Gambar itu dipercayai dirakamkan oleh satelit British atau Amerika Syarikat yang kemudian didedahkan bagi menyokong dakwaan sebelum ini tentang kewujudan sebuah lagi pesawat berhampiran penerbangan MH17.

Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, kejadian tersebut mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.

mh17

Pakar di Rusia berpendapat, penerbangan awam itu dipercayai telah ditembak oleh pesawat pejuang jenis MIG 29 milik tentera Ukraine.

Bagaimanapun, barat pula menyifatkan pesawat pejuang itu merupakan milik puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.

mh17

Gambar itu dilapor didedahkan selepas berlaku ketegangan antara Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron dengan pemimpin Rusia, Vladimir Putin di Australia baru-baru ini. ~mStar



Iklan C (ii)







1 comment:

  1. kalau benar...maka tanggung jawab Perdana Menteri yang berMARUAH adalah memutuskan hubungan diplomatik sehingga gantirugi setimpal dan permohionan maaf dilakukan...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...