Wednesday, 26 November 2014

ESSCOM : Zahid Hamidi Tempelak Nazri Aziz


KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dakwaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang mengatakan Sabah tidak selamat adalah keadaan sewaktu enam bulan atau setahun yang lalu.

Menurut Zahid, kenyataan oleh Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tersebut sudah jauh berbeza dengan keadaan sekarang kerana di Sabah kini dikawal oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Katanya, ESSCOM diketuai oleh seorang pegawai kanan polis dan selaku Menteri Dalam Negeri beliau telah menggazetkan untuk menjalankan perintah berkurung pada waktu-waktu tertentu.

“Dengan adanya perintah berkurung keadaan di kawasan ESSZONE bertambah selamat dan pelancong-pelancong daripada luar terutamanya dari China semakin ramai datang ke Sabah,” kata Zahid di Lobi PWTC.

Tambah Zahid, beliau sendiri telah memaklumkan bahawa semakin ramai pelancong dari China datang kerana keyakinan yang bertambah terhadap kemampuan pihak pentadbiran ESSCOM dan tahap keselamatan di Sabah.

Beliau berkata: “Saya merasakan bahawa keadaan sudah bertambah baik dan saya akan menjemput Menteri Pelancongan dan Kebudayaan untuk bersama-sama dengan saya, tanpa pengawal peribadi beliau bagi melawat kawasan berkenaan.

Sebelum ini media portal melaporkan Nazri berpendapat Sabah tidak selamat dan “Tanpa pengawal peribadi, saya tak akan pergi ke timur Sabah,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinchew Daily, edisi online.

Malah, walaupun bawah perlindungan pengawal peribadi pun, beliau berkata tidak akan dapat tidur nyenyak ketika melawat negeri di Pulau Borneo itu.

Katanya, kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menunjukkan bahawa tempat itu tidak selamat.

Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik bersikap jujur terhadap perkara itu daripada menyembunyikannya. ~free malaysia today





Iklan B (ii)






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...