Monday, 17 November 2014

Cerita Lucu Dari Cameron Highlands


CAMERON HIGHLANDS 16 Nov. - Aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di daerah ini dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa kumpulan samseng.

Satu sumber mendakwa, terdapat tiga kumpulan samseng berbeza yang `menjaga’ tiga kawasan tumpuan pertanian di daerah Cameron Highlands.

“Kumpulan-kumpulan samseng berkenaan berperanan sebagai ‘pelindung’ kepada tanah-tanah pertanian yang diterokai tanpa permit atau secara haram supaya tidak diganggu oleh pihak berkuasa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Lebih membimbangkan, sumber memberitahu, meskipun perkara itu diketahui oleh pihak berkuasa, tetapi tiada tindakan tegas yang diambil.

“Kawasan pertama ialah Kuala Terla dan Kampung Raja, manakala kawasan kedua pula membabitkan Tanah Rata serta Brinchang.

“Kawasan ketiga meliputi Ringlet dan Lembah Bertam yang setiap satu kawasan berkenaan dijaga oleh satu kumpulan samseng. Peneroka-peneroka tanah pertanian haram ini dipercayai membayar sejumlah wang kepada kumpulan samseng berkenaan untuk tujuan perlindungan,” dakwanya.

Sumber tersebut memberitahu, pernah berlaku satu kejadian membabitkan bekas Ahli Parlimen kawasan ini yang terpaksa berhadapan dengan kumpulan samseng berkenaan ketika mahu mengambil tindakan terhadap seorang individu yang terlibat dengan penerokaan tanah secara haram.

“Ketika itu, datang dua buah kereta yang dipercayai kumpulan samseng cuba menghalang tindakan wakil rakyat berkenaan. Kejadian itu menguatkan lagi hujah bahawa wujudnya kaitan antara kumpulan samseng dengan aktiviti penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands,” jelas sumber tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber berkenaan, penduduk di daerah ini sudah berputus asa dengan karenah birokrasi pihak berkuasa berhubung isu penerokaan tanah secara haram.

Dakwanya, pihak berkuasa tidak mahu mendengar maklumat berhubung kejadian pencerobohan tanah yang disampaikan oleh akar umbi.

“Pihak berkuasa tempatan sendiri tidak memberi kerjasama, bagaimana rakyat mahu membantu? Rakyat tidak tahu pada siapa lagi mereka boleh berharap untuk menyelesaikan isu ini,” ujarnya. ~utusan


Addin:

Himpunan aman boleh pulak kerajaan tangani dengan pelbagai usaha.. pelik2..



Iklan B (ii)







5 comments:

  1. Tak Nampak di mana "LUCU" nya....!

    ReplyDelete
  2. rocky the great brown unused dick says: memang bangsat manusia2 yang dapat gaji & elaun beribu2 tiap2 bulan tapi nak tambah duit haram lagi.. moga2 manusia2 tu ditarik keberkatan & hilang nikmat berjimak.. celaka betui

    ReplyDelete
  3. sudah mula cerita cerita bahalol muncul tuk membahalolkan rakyat , cuba menutup surat surat kuasa dari Royalty yang mentedarah duit duit kopi nak beli Bentley , Mercedes , Range Rover - masing masing dengan muka bahalol nak kaya cepat.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan kan ada FRU, masa perhimpuan FRU sangat berani dan ganas, apa salahnyabkita gunakan untuk masalah di Cameron Highland, jangan nak jaga ceramah pembangkang je

    ReplyDelete
  5. mazmad...yg lucu Nye tu...polis ada...askar ada...senapang ada...pistol ada...roket dan bom pun ada......tapi TAK BOLEH buat apa2 dan biarkan samseng berkuasa.....haaaa...Nampak tak?? lucu kan??

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...