Friday, 21 November 2014

Bukan Pakatan Je Berbalah, BN Pun Berbalah Juga..


Bukan Pakatan Je Berbalah, BN Pun Berbalah Juga. Ketika pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tidak senang dengan pemimpin lain dalam pakatan itu, perkara yang sama juga berlaku dalam Barisan Nasional (BN).

Sinar Harian melaporkan, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Sri Syed Ali Alhabshee marah dengan kenyataan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang menggesa perwakilan Umno berhati-hati ketika berbahas pada Perhimpunan Agung Umno kali ini.

Syed Ali menyifatkan kenyataan MCA itu sebagai satu tindakan lucu dan menyibuk.

Syed Ali berkata, tindakan ahli politik MCA itu tidak wajar kerana Umno sama sekali tidak pernah  mencampuri urusan perhimpunan agung parti itu.

"Setiap pemimpin dan ahli Umno tahu apa yang mereka perlu buat untuk memperkukuhkan parti.

"Tidak perlu ditunjuk dan diajar mana-mana parti komponen lain. Jangan jadi seperti ketam mengajar anak, perjuangan sendiri pun bermasalah tetapi mahu mengajar orang lain pula," katanya kepada Sinar Harian Online.

Syed Ali berkata, MCA jangan merasa terlalu hebat, sebaliknya perlu sedar dan cermin diri sendiri.

"Kekalahan teruk BN di dalam dua siri PRU lalu bukan berpunca daripada Umno,  sebaliknya daripada penolakan sepenuhnya orang Cina terhadap MCA kerana mempunyai pemimpin yang lemah.

"Umno tiada masalah, bahkan Umno berjaya mengembalikan sokongan padu orang Melayu terhadap BN.

"Umno berjaya menjadi benteng kukuh memastikan survival BN terus bertahan. Tidak bertanggungjawab  sekiranya MCA menyalahkan Umno kerana mereka gagal meraih sokongan kaum Cina," katanya.

Dalam perkembangan yang sama Syed Ali mengingatkan  MCA supaya jangan sesekali menjadikan Umno sebagai “kambing hitam” demi menutup kelemahan sendiri.

"MCA perlu bermuhasabah dan mencari punca sebenar mengapa mereka berterusan ditolak oleh bangsa Cina. Jangan jadi parti yang bodoh sombong," kata Syed Ali sebagaimana dilaporkan akhbar itu. ~malaysian insider




Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...