Tuesday, 18 November 2014

Berita Menggemparkan Dari PAS Kelantan


KUALA LUMPUR 17 Nov. – Pas Kelantan mengalu-alukan hasrat DAP untuk ‘angkat kaki’ sekiranya tidak senang dengan kehadiran ‘rakan’ lain dalam pakatan pembangkang.

Sambil mengingatkan DAP tidak mencampuri urusan dalaman Pas, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan 1, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, DAP tidak perlu mencari jalan dengan menggunakan ‘isu kecil’ sebagai usaha menyingkirkan Pas daripada pakatan pembangkang.

“Kalau Lim Guan Eng nak keluar pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar pakatan, keluarlah. Jangan desak Pas untuk keluar pakatan,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan turut ‘menyimbah minyak ke api’ apabila menegaskan Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan agenda pembangunan pakatan pembangkang dapat dilaksanakan.

Sementara itu ketika ditemui selepas merasmikan majlis Penutupan Wacana Keputeraan Sultan Muhammad V Siri Keempat di sini, Mohd. Amar berkata, kerajaan negeri tidak akan menggunakan alat gilotin dalam melaksanakan hukuman hudud seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengakui tidak pernah mencadangkan penggunaan alat itu sebaliknya hanya bersetuju jika cadangan diutarakan wartawan tersebut dikemukakan kepada pihak jawatankuasa.

“Kerajaan negeri tidak pernah membincangkan penggunaan gilotin sebagai alat hukuman hudud dan saya sangat terkilan dengan laporan tersebut yang ternyata bercanggah dengan kenyataan saya.

“Kita telah mengadakan muzakarah berkaitan hukuman dan pelaksanaannya. Laporannya akan dibentangkan pada hujung bulan ini,” katanya. ~rakyat news





Iklan B (ii)







1 comment:

  1. hahah pas sedang mimpi...terasa hebat..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...