Saturday, 15 November 2014

Berita Menggemparkan Dari Mulut Najib Razak


Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen UMNO Johor semalam, Perdana Menteri, Najib Razak meminta pimpinan senior dalam parti segera berubah dengan tidak lagi mengamalkan budaya cantas serta menyekat kemasukan golongan muda ke dalam UMNO.

Katanya, mereka perlu segera berubah kerana amalan negatif mencantas dan menyekat golongan muda hanya akan menyebabkan mereka semakin menjauhi UMNO.

"Kita perlu buang perangai bodoh ini. Kalau terpaksa beri laluan, berundurlah dan beri peluang kepada orang lain," katanya lagi.

Memang nampak cantik, syahdu dan boleh mengalir air mata mendengar apa yang diucapkan oleh  Najib Razak ini, tetapi persoalannya adakah beliau sendiri mengamalkannya?

Dalam kabinetnya sendiri, berapa ramai golongan muda berbanding mereka yang sudah berpenggal-penggal berada dalam kerajaan?

Lebih buruk lagi, di ketika menyedari pentingnya sokongan golongan muda itu, dalam pelantikan Senator yang dibuatnya baru-baru ini, semunya bukan saja terdiri daripada warga tua tetapi lebih merupakan kenalan rapatnya saja.

Tiga orang yang dilantiknya itu ialah Nallakaruppan, 68 tahun yang mulutnya hanya tahu memainkan isu mengenai peribadi Anwar Ibrahim semata-mata, Ibrahim Abu Shah, 64 tahun bekas Naib Canselor Uitm yang sebelumnya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta bekas Setiausaha Sulitnya suatu ketika dahulu, Abdul Halim Samad yang sudah pun berusia 74 tahun.

Mana penghargaan dan ruang menyediakan laluan kepada golongan muda melalui kuasa yang ada ditangannya sendiri?

Kenapa hanya pandai meminta orang lain memberi ruang kepada golongan muda sedangkan diri sendiri tidak melakukannya?

"KITA PERLU BUANG PERANGAI BODOH INI. KALAU TERPAKSA BERI LALUAN, BERUNDURLAH DAN BERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN."

Siapa yang bodoh? Dan siapa yang tak beri peluang?

Najib Razak sepatutnya menujukan kata-katanya ini kepada dirinya sendiri, bukan orang lain. (SH 15/11/2014)

Kenapa lantik orang tua dan warga emas sebagai Senator kalau betul ingin menghargai golongan muda? ~shahbudin



Iklan C (ii)







6 comments:

  1. Aku sangat-sangat setuju dengan pandangan di atas. DS Najib sepatutnya melakukan tindakan memberikan peluang kepada orang muda itu dahulu, barulah kamu wahai DS Najib boleh menegur orang lain untuk melakukan tindakan yang sama.
    Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  2. borak kosong abg jib tu..kalau biarkan orang muda kj tu dia cantas abg jib..amacam

    ReplyDelete
  3. Cakap tak serupa bikin. Dah lama dah.

    ReplyDelete
  4. Dia patut ckp kt diri dia sendiri. Cermin muka tu dulu Najib oiii.....

    ReplyDelete
  5. Saiful tu boleh ganti najib

    ReplyDelete
  6. Laporan INI sekiranya benar, mempamerkan sekali lagi hilangnya hubungannya dgn Alam nyata. Kem. kewangan, sejak melantik dirinya sebagai menteri disamping mengekalkan jawatan sbgai PM, bolih kATA sarat dgn berbagai salah urus Dan 'skandal', Dari laporan odit yg macam dibakul sampah tahun demi tahun, penafian 'royalti' minyak Kelantan, hutang Negara yg naik mencacak, pengekalan ' rundingan terus ' untuk projek2 mega Dan pembekalan gas bersabsidi pada penjana2 letrik swasta, menaikkan harga minyak Dan gula dalam keadaan harga pasaran dunia meleset Dan terkini jaminan yg dikatakan BUKAN jaminan untuk hutang berbilionbilion tabung 1MDB. Sudah banyak gesaan agar melepaskan jawatan menteri kewangan, namun apakah jawapannya, beliau bukan saja macam tidak mengendahkannya tetapi 'menasihatkan' agar pemimpin2 yang lain DLM UMNO pula memberi 'laluan'.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...