Wednesday, 19 November 2014

Berita Mengejutkan Dari Indonesia Yang Menggerunkan Umno


JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan kenaikan harga bahan api sebanyak 30 peratus berkuat kuasa tengah malam tadi.

Menurutnya, pengalihan subsidi bahan bakar minyak (BBM) dilakukan pemerintah agar dapat menambah jumlah alokasi anggaran belanja yang lebih bermanfaat bagi masyarakat Indonesia.

“Keputusan pengalihan subsidi BBM ke sektor produktif untuk menghasilkan anggaran belanja yang lebih bermanfaat bagi masyarakat Indonesia secara keseluruhan,” kata Joko Widodo dalam persidangan Media di Istana Merdeka, Jakarta.

“Dari semasa ke semasa, negara berdepan pilihan yang sukar. Bagaimanapun, kita mesti membuat keputusan,” katanya.

Antara News melaporkan harga petrol di Republik Indonesia itu meningkat sebanyak 2,000 rupiah (RM0.55) kepada 8,500 rupiah (RM2.33) seliter, peningkatan hampir 30 peratus sementara harga diesel meningkat 2,000 rupiah (RM0.55) kepada 7,500 rupiah (RM2.10) seliter peningkatan hampir 35 peratus.

“Negara memerlukan belanja untuk infrastruktur, pelajaran, dan kesihatan. Perbelanjaan ini tidak dapat diperuntukkan kerana terbazir oleh subsidi bahan api,” kata Jokowi.

Jokowi turut mengumumkan akan ada dasar-dasar perlindungan untuk golongan miskin, merujuk kepada skim kerajaan yang mensasarkan pemberian wang tunai untuk golongan itu bagi mengimbangi peningkatan harga bahan api.

Pemotongan subsidi itu adalah kurang dari yang dijangkakan sesetengah pihak. Kesan kejatuhan harga minyak mentah dunia juga dilihat membantu kedudukan kewangan kerajaan.

Antara News turut melaporkan lalu-lintas di Jalan Pajajaran Kota Bogor, Jawa Barat, lumpuh ekoran demonstrasi menolak kenaikan harga BBM oleh sejumlah masyarakat dan mahasiswa.

Mereka melakukan tunjuk perasaan di Tugu Kujang Jalan Padjajaran, yakni Hizbut Tahrir dan mahasiswa dari PMII.

Mahasiswa PMII membakar tayar di tengah jalan hingga menyebabkan arus lalu-lintas di Jalan Padjajaran menjadi sesak. Mereka juga tidur di tengah jalan.

Mahasiswa yang berdemonstrasi ini berkumpul di depan kampus Universitas Ibnu Khaldun pada awal pagi. Kemudiannya mereka bertolak ke Tugu Kujang dan melakukan aksi bersamaan dengan masyarakat HTI yang sudah mengelilingi Tugu Kujang.

Selama hampir dua jam arus lalu lintas di Jalan Pajajaran sesak diantara pukul 1.00 tengah hari hingga petang. Kesesakan berlaku dari arah Ekalokasari menuju Istana Bogor, begitu juga dari arah yang bertentangan.

Kesesakan lalu-lintas kemudian menjalar ke jalan-jalan sekitar lokasi demonstrasi. ~free malaysia today


Addin:

Di Malaysia, harga minyak naik ketika harga minyak dunia turun.. yang bagusnya rakyat terus tenang dan menerima seadanya tindakan kerajaan..



Iklan B (ii)







6 comments:

  1. Saya rasa tajuk berita tu salah sebab kat Malaysia ni rakyat tak kesah dengan kenaikan harga minyak. Umngok tak gentar apapun. Habis kuat rakyat bising sehari-dua lepas tu senyap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab diMalaysia ni rakyatnya yang dungu dan singkat akal macam kau ni tak ramai, faham?

      Delete
  2. Harga minyak di Malaysia sama sahaja. Cuma kerajaan kurangkan subsidi - 20 sen. Selama ini rakyat menggunakan wang kerajaan utk petrol. Sekarang kerajaan ambil balik hak mereka. Ada pula yang tak puas hati. Masa AF baru ni, rakyat Malaysia tak kisah mengundi SMS untuk artis AF mereka. Untuk tarik balik subsidi, mereka tak rela. Tukarlah tabiat, bersyukur apa yang ada.

    ReplyDelete
  3. penurunan harga RON97 sebanyak 20 sen disambut dingin olih rakyat Malaysia..ini terbukti apabila tiada kesesakan dimana2 stesen minyak sejak pengumuman dibuat..pemandangan sangat berbeza ketika kenaikan harga RON95 diumumkan dulu..

    ReplyDelete
  4. Subsidi hanya utk kayakan kroni dan puak umno bn yg dilakhnat rakyat kamu lah dihari pembalasan nanti yg tiada kesudahan utk para peminpin yg zalim macam firaun.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...