Sunday, 23 November 2014

Berita Gempar Dari Lidah Najib


Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggerakkan anggota ke Cameron Highlands untuk menggempur kegiatan pembukaan tanah secara haram di situ pada waktu malam, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata langkah itu diambil susulan perbincangannya dengan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, berdasarkan laporan kegiatan itu sering dilakukan pendatang asing tanpa izin (Pati) pada waktu malam.

"Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain) untuk menghantar anggota masing-masing supaya pada waktu malam kita akan membuat rondaan yang lebih menyeluruh dan kalau ada kegiatan yang menyalahi undang-undang kita akan ambil tindakan," katanya.

Berita Gempar Dari Lidah Najib. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (Maha) 2014, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di Serdang, hari ini.

Berhubung kebanjiran Pati di kawasan tanah tinggi itu, beliau berkata, penguatkuasaan lebih tegas dan berkesan akan dijalankan melalui kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dan kerajaan pusat.

Najib berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat di Cameron Highlands akan melawat kawasan tanah tinggi itu Isnin ini bersama-sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Saya berharap hasil lawatan dan perbincangan bersama itu, kita akan membuat tindakan yang lebih berkesan dan kelemahan penguatkuasaan selama ini akan berubah kepada satu bentuk penguatkuasaan lebih serius dan berkesan lagi," katanya.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 November lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet. ~bernama



Iklan B (ii)







4 comments:

  1. orang puteh kata,"It's better late than never".Betul ker sikap kepimpinan kita sekian lama.Maaf,jika tak tepat.

    ReplyDelete
  2. Pasal apa sibuk nak announce? Ingat PATI tak baca surat kabar ke?

    ReplyDelete
  3. Yg teroka tanah secara haram bkn pendatang asing. Org tempatan jg. Dah lama dibuat dan cara pn sama, tp semua gn kabel.

    ReplyDelete
  4. announce tu sebagai bunyi siren bila nak ada sunami...nanti adalah pihak yg bagi tarikh bila nak mula..korang faham2lah...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...