Saturday, 29 November 2014

Akta Hasutan : Najib Bakal Terencat Akal Dengan Pendedahan Ini?


Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 sebaliknya akan mengkaji akta berkenaan jika mendapatkan undi kumpulan tertentu, kata perwakilan Umno Kedah Mohd Kamal Saidin.

Kamal berkata, kumpulan yang menolak Barisan Nasional (BN) itu adalah mereka yang menyokong parti pembangkang dan golongan pelampau yang menyokong gerakan perkauman. 

“Pembangkang seluruh negara membangkitkan kononnya presiden mungkir janji mengatakan Akta Hasutan dimansuhkan. Bukan presiden berjanji Akta Hasutan dimansuhkan tetapi sekadar berjanji untuk diteliti tetapi dengan syarat.

“Presiden tidak pernah berjanji Akta Hasutan dimansuhkan sebaliknya minta syarat kalau mereka beri sokongan, keyakinan dan kemenangan BN, kalau Umno menerajui kerajaan, kita akan kaji. 

“Siapa yang tak beri undi kepada BN? Siapa yang mungkir janji? Mereka yang mungkiri janji. Mereka siapa? Kaum chauvinis, pelampau perkauman, anti Islam, pembangkang Melayu yang sekongkol dengan pengkhianat negara," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Najib, menerusi program transformasi kerajaan, berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 2012 walaupun pimpinan Umno dan menteri Kabinet berhasrat untuk mengekalkan akta berkenaan.

Kerajaan juga kini sedang dalam perancangan menggubal Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan yang dikelolakan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional.

Bagaimanapun, Najib semasa ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno berkata Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan sebaliknya akan diperkuatkan dengan dua elemen tambahan bagi mengukuhkan akta berkenaan. ~malaysian insider


Addin:

Mungkin Najib terlupa.. mungkin Umno terlupa.. tetapi rakyat marhaen tidak lupa dengan janji Najib. Ini bukti Najib berjanji untuk mansuhkan Akta Hasutan ( baca sini dan sini ). Jikalau tak berpuas hati, silalah saman media-media yang melaporkannya.



Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...